Ada seorang yang bukan guru telah memberi pendapat peribadinya, menurutnya guru zaman sekarang kurang ilmu teknik mengajar.. Berikut merupakan pendapat beliau:

Kebanyakan cikgu-cikgu ni kurang dengan ilmu teknik mengajar. Tiada variasi, kurang versatil. Dalam psikologi pendidikan juga ada lebih kurang 20 teknik mendidik dalam kelas. Saya bagi contoh:

  1. Analogy and case study
  2. Teaching and motivating
  3. Body language
  4. Reasoning and argumentation
  5. Scanning and levelling

Dan ada 15 teknik lagi.

Saya rasa kalau semua cikgu dah apply semua teknik ini pada student, baru lah, boleh guna teknik mendidik dengan sentuhan fizikal.

Adakah mereka yang tidak pernah berada dalam dunia pendidikan dan tidak pernah pun masuk mengajar dan hanya berdasarkan ilmu teori sahaja boleh memberi pendapat tanpa merasai pengalaman sebenar?

Kita tidak menafikan hak untuk mereka mengeluarkan pendapat, namun perlu memastikan pendapat itu mempunyai bukti dan berdasarkan realiti semasa.

Apapun kita melihat dari sudut positif, segala pendapat boleh diambil dan dikaji. Mungkin kita ada kelemahan atau kekurangan, tidak semua orang mengajar ‘perfect’.

Perlu juga diketahui, murid ini berbeza dari segi tahap kecerdasannya, berbeza gaya pembelajaran, gaya pemikiran dan latar belakang.