Home info Guru kerugian RM135 ribu, ditipu sindiket penipuan panggilan

Guru kerugian RM135 ribu, ditipu sindiket penipuan panggilan

14
0

KUANTAN: Seorang guru wanita mengalami kerugian sebanyak RM135,150 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Komunikasi Digital dan polis.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun telah terpedaya sehingga terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM128,000, sebelum wang tersebut dilesapkan oleh penipu.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, menyatakan bahawa nasib malang wanita tersebut bermula selepas menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai dari bahagian penyekatan rangkaian, Jabatan Komunikasi Digital pada 2 Julai lalu.

Menurut beliau, mangsa dimaklumkan bahawa nombor telefon yang digunakan telah menyebarkan pautan yang tidak sah di kawasan Negeri Perak.

“Panggilan telefon tersebut kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek menyamar sebagai pegawai polis kononnya bagi tujuan siasatan.

“Suspek mengarahkan mangsa membuat pemindahan wang ke akaun diberikan bagi tujuan siasatan,” katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Yahaya menyatakan bahawa, kerana bimbang berdepan dengan tindakan undang-undang, mangsa telah mematuhi arahan suspek dan membuat pinjaman peribadi sebanyak RM128,000 dalam tempoh dua minggu untuk urusan tersebut.

“Mangsa juga menggunakan wang simpanannya dan telah membuat 11 transaksi bayaran ke enam akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhan RM135,150.

“Mangsa menyedari ditipu selepas membuat semakan melalui satu aplikasi berkaitan penipuan atas talian sebelum membuat laporan polis di sebuah balai di Rompin,” katanya.

Yahaya menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan jika menerima panggilan yang mencurigakan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here