Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikal dan Vokasional ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada pentadbir sekolah menengah, Kolej Vokasional (KV) dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan:

  • Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian
    Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun
    2020 bertarikh 4 Jun 2020);
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2015 dan Garis
    Panduan Pelaksanaan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA);
  • Garis Panduan Standard Operating Procedure (SOP) Bagi Peralatan & Mesin, Bahagian Pendidikan
    Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2010;
  • Panduan Pelaksanaan Program Apprenticeship Mod Sistem Latihan Dual Nasional di Kolej Vokasional, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2015;
  • Garis Panduan Pelaksanaan “On-The Job Training” (OJT) Kolej Vokasional, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (Edisi 2018);
  • Surat Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Persijilan Kemahiran (SPKM) Secara Bersemuka Semasa Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) daripada Jabatan
    Pembangunan Kemahiran bertarikh 3 Jun 2020;
  • Guidelines To Good Practices: Work-BasedLearning (WBL), Malaysian Qualifications Agency
    (MQA) bertarikh 25 Februari 2016;
  • Code of Practice for Programme Accreditation: Open and Distance Learning 2nd Edition (2019). Malaysian Qualifications Agency (MQA); dan
  • Surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh
    Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan PdP Amali

Guru/tenaga pengajar perlu mengambil tindakan seperti yang
berikut:

Sebelum


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah dan pelan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter antara satu individu ke satu individu dalam
    semua keadaan.
  • Menyediakan pelan susun atur dengan mengoptimumkan penggunaan bengkel/ruang/
    ladang/stor dan tempat amali (working area) lain yang bersesuaian.
  • Memastikan tempat dan peralatan amali telah dibersihkan serta selamat untuk digunakan.
  • Memastikan murid mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer)
    sebelum memulakan dan selepas selesai aktiviti amali.
  • Menyediakan jadual tugas mengemas dan menyusun atur stor dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan.

Semasa

  • Memastikan hanya murid tidak bergejala sahaja mengikuti sesi amali.
  • Memastikan murid tidak berkongsi peralatan dan bahan amali semasa aktiviti.
  • Menggunakan peralatan sendiri seperti sudu, meter pelbagai (multimeter) dan pena uji (test pen) semasa menilai hasil kerja murid.
  • Melaksanakan PdP tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Guru/tenaga pengajar boleh menggunakan kreativiti dan kaedah yang bersesuaian sehingga pemakluman baharu dari semasa ke semasa.
  • Murid yang didapati bergejala ketika melaksanakan aktiviti amali hendaklah diasingkan dengan segera dan dibawa ke fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan dengan mengambil langkah pencegahan jangkitan.
KPM_GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) AMALI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Selepas

  • Memastikan semua peralatan dibersihkan dan disanitasi selepas digunakan.
  • Memastikan semua bahan pakai buang yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah bertutup.
  • Memastikan murid yang ditugaskan sahaja menyusun peralatan yang telah digunakan.
  • Memastikan murid dan guru/tenaga pengajar perlu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer) selepas tamat aktiviti.