eOperasi Modul Operasi Data Guru

    121
    0
    Laman Web eOperasi merupakan laman web di bawah KPM yang menjadi portal pengisian Modul Pengurusan Guru, maklumat guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Seluruh guru di KPM ini diselaraskan maklumat guru di bawah eOperasi. Guru dikehendaki mengemaskini segala maklumat peribadi dan maklumat perkhidmatan masing-masing.

    eoperasi guru
    Pentingnya mengemaskini maklumat di eOperasi kerana, banyak aplikasi KPM dihubungkan dengan data di eoperasi, seperti, egtukar, epangkat, splkpm, dan sebagainya.
    Sebagai contoh eoperasi dihubungkan dengan egtukar, iaitu laman web untuk memohon pertukaran guru, oleh yang demikian kegagalan anda mengemaskini maklumat di eoperasi menyebabkan maklumat dan data di eGtukar tidak tepat. Seperti contoh pelabelan guru, sekiranya di eoperasi salah maka di eGtukar juga salah.
    Cara Login eOperasi
    Buka Laman Web eOperasi : eoperasi.moe.gov.my
    Memandangkan ramai yang suka untuk taip di enjin carian Google untuk mencari portal eoperasi, dan hanya taip ‘eOperasi’ maka akan keluar web url atau link yang lain, yang mana bukan web eoperasi Modul Pengurusan Guru KPM. Pastikan anda tengok dulu link yang anda pilih itu, jika tidak jumpa, anda taip sahaja terus di Browser eoperasi.moe.gov.my laman web eoperasi akan terus muncul.
    Untuk login ke Website eOperasi anda memerlukan perkara berikut:
    Login Id
    Kata Laluan
    No KP
    Sekiranya anda belum ada 3 perkara ini anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu. Daftar eOperasidi sini:
    https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
    eoperasi
    Pendaftaran eOperasi
    Pendaftaran sebagai pengguna baharu, memerlukan maklumat seperti Nama Penuh, No Kad Pengenalan, emel, tarik lahir dan No gaji. No Gaji penting, jika guru baharu posting mungkin lewat sedikit untuk dapat No gaji, boleh semak dengan kerani di sekolah jika ingin tahu No Gaji anda.
    Setelah anda siap mendaftar, pastikan anda simpan betul-betul Login ID dan Kata Laluan anda, jangan dedahkan kepada sesiapa. Pastikan kata laluan itu yang mudah anda ingat. Kalau susah mungkin akan menyebabkan anda lupa kata laluan dan login anda. Walaupun begitu, kini sudah ada SSO Single Sign On : https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php , Login di SSO boleh pergi ke semua aplikasi di bawah KPM termasuklah eoperasi, egtukar, epangkat, eprestasi dan lain-lain lagi.
    Saya lupa kata lalau eOperasi, apa yang perlu saya buat?
    Mudah sahaja, jika terlupa kata laluan eOperasi anda boleh Klik pada lupa kata laluan, atau terus ke pautan ini:
    https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
    eoperasi
    Berikut adalah maklumat yang perlu anda kemaskini di dalam eoperasi, tetapi bukan semua anda boleh kemaskini, ada juga yang perlu dirujuk kepada PK1, PK1 yang boleh kemaskini maklumat kita seperti Gaji, Jenis Guru, dan beberapa status lain. Jika ada yang salah anda boleh terus minta PK1 anda ubah kepada yang betul.
    Ok, jangan lupa untuk kemaskini Maklumat di eoperasi, mudah sahaja, login eoperasi kemudian tenok di bawah sekali, tick pada kotak dan klik kemaskini, tengok gambar di bawah.
    cara kemaskini eoperasi
    Anda boleh baca Manual Pengguna eoperasi untuk rujukan lanjut.
    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here