Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di akhirat.
Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Bagi yang ingin mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran DSKP Pendidikan Islam Tahun 6 2016 KSSR boleh ke pautan berikut: DSKP Pendidikan Islam Tahun 6 KSSR | RPT