Home info Download e-Pelaporan jQAF Bersepadu

Download e-Pelaporan jQAF Bersepadu

14
0
Program jQAF terus diperkasakan selaras dengan kemajuan teknologi dan maklumat, epelaporan jQAF juga tidak ketinggalan agar selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) bagi memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah. Jika sebelum ini epelaporan jQAF menggunakan perisian Microsoft Excel kini epelaporan baru untuk tahun 2014, iaitu disebut juga sebagai epelaporan bersepadu telah dibangunkan oleh beberapa Guru Pendidikan Islam dan jQAF bagi memastikan ianya lebih mesra pengguna, mempunyai banyak fungsi yang telah ditambahbaik.
Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF merupakan evolusi penambahbaikan sistem e-Pelaporan Program j-QAF yang telah digunakan untuk menganalisa pencapaian program-program pencapaian j-QAF sejak tahun 2007 hingga 2013.
Sistem yang baru ini mempunyai beberapa fungsi yang disepadukan dalam satu sistem seperti:
– Menganalisis pencapaian model-model jqaf
– Pangkalan data Program j-QAF merangkumi data guru, murid, kelas dan sekolah
– Pelaporan pelaksanaan Pemantauan Program j-QAF Peringkat Derah, Negeri dan Kebangsaan
Antara kelebihan sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF ini, Guru hanya perlu mengisi markah murid sahaja kerana data murid boleh diimport dari Sistem Maklumat Murid (SMM) dan data guru pula diimport dari data EMIS.  Selain daripada itu, e-Pelaporan 2014 ini boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai laptop yang mempunyai skrin sesentuh. e-Pelaporan Bersepadu ini juga menggunakan hanya satu sistem berpusat untuk kegunaan di setiap peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. 
Sistem yang dibangunkan ini juga lebih ringan jika dibandingkan dengan sistem sebelum ini, lebih kurang 20MB sahaja
Perbezaan e-Pelaporan versi lama dan e-Pelaporan Bersepadu
Untuk mendapatkan e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF 2014 boleh download di bawah:
e-Pelaporan Bersepadu: MUAT TURUN 
(Versi Terkini: JQAF_Setup22042014_0304PM)
Manual Pengguna: DOWNLOAD
Sebelum Install pastikan anda memuat turun manual pengguna supaya boleh memahami beberapa kaedah untuk mengambil data dari SMM dan EMIS. Sila rujuk JU daerah jika ada sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here