Contoh Format Baharu Soalan UPSR Semua Subjek

    3
    0
    Format UPSR Terbaru

    Tahun 2016 merupakan kumpulan pertama murid di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR berada di Tahun 6, dan murid tahun 6 pada 2016 akan mengambil UPSR menggunakan Format Baharu UPSR iaitu selaras dengan KSSR serta mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang akan diteraapkan di dalam soalan.

     

    Sudah pasti soalan dan format terbaru ini sangat penting untuk guru-guru melihatnya bagi memberi pendedahan awal kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun hadapan. Teknik menjawab soalan juga mungkin berbeza dengan tahun-tahun lepas.

    Berikut adalah kenyataan media berkenaan Format Baharu UPSR 2016:

    Format UPSR Baru

    Antara perubahan yang besar adalah Bahasa Inggeris dijadikan 2 Kertas, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan. Ini bermakna UPSR kali in menjadi 6A bukan lagi 5A.

    format UPSR baharu

    Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan Contoh Soalan dan Format UPSR Baharu 2016 boleh muat turun di pautan di bawah.

    Contoh Soalan UPSR 2016 Format Baharu

    Koleksi Soalan UPSR 2016

    Soalan Percubaan UPSR 2017

    (Subjek yang terkandung di dalam Fail ini adalah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains meliputi SK, SJKC dan SJKC)

    (Extract dulu sebelum buka, Pastikan anda Install Perisian Winrar di PC/Laptop untuk Extract File tersebut)

    Cabaran guru menghadapi UPSR 2017

    Selepas keputusan UPSR 2016 dikeluarkan, rata-rata terkejut dengan keputusan yang diperolehi terutamanya ibu bapa yang mengharapkan anaknya mendapat 6A dalam semua subjek, tetapi tidak menyangka hanya perolehi 2 atau 3 A sahaja.

    Pihak sekolah mula dipersalahkan, dan guru-guru terutamanya terpaksa menjawab rungutan dan kekecewaan dari apa yang mereka harapkan.

    Walaubagaimanapun dengan bantuan dan penerangan di kaca televisyen, di media sosial, membuatkan mereka lega, Istilah bukan mengejar A, tetapi kejar Ilmu mula kedengaran. Sedangkan sebelum ini A lah yang dipinta, diharapkan oleh pihak atasan.

    Mungkin juga kerana 2016 ini kali pertama Format Baharu UPSR digunakan, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada guru-guru dalam mendapatkan Contoh Soalan yang lebih pelbagai yang menepati standard terbaru.

    Persediaan UPSR 2017

    Guru-guru atau ibu bapa boleh mendapatkan bahan-bahan perkara berikut:

    • Format Soalan UPSR Semua Subjek
    • Contoh soalan percubaan UPSR 2016
    • Soalan UPSR 2016 Sebenar
    • Buku aktivti yang terkini, menggunakan format soalan UPSR terbaru.
    • Soalan-soalan ramalan yang ada dijual di kedai-kedai buku, namun pastikan ada dinyatakan format terbaharu.
    • Soalan Percubaan UPSR 2017 semua negeri. Akan di update di Pendidik2u.

    Jika ada sebarang masalah sila berhubung dengan Admin di Facebook Pendidik2u

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here