Cara Renew Insurans Online

    56
    0
    Tiap-tiap tahun bagi yang mempunyai kenderaan pasti akan membuat kira-kira wang gaji untuk membayar pembaharuan Insurans kereta. Jika tidak menyimpan dari awal tahun, sampai masa untuk renew insurans kita terpaksa menggunakan hamper semua wang gaji kita. Jadi perancangan awal perlu dibuat supaya kita tidaklah ‘kekeringan’ kerana habis duit gaji diperuntukkan pada renew insurans dan cukai jalan.

    Jika sudah sampai masa untuk renew kita pula sibuk untuk ke Pejabat Pos kan? Kadang-kadang pula ada agen-agen yang akan menghubungi kita untuk membantu kita menghidupkan cukai jalan dan insurans. Kalau orang yang kita kenal mungkin kerisauan itu tiada untuk kita menyerahkan wang untuk membuat insurans dan roadax.

    Dengan adanya sistem dan komunikasi yang canggih, Insurans dan Roadtax kini boleh di perbaharui secara online sahaja. Saya sendiri pun dah 3 kali menggunakan servis dari Motortakaful.com (untuk Insurans Etika Takaful) dan MYEG (untuk roadtax). Ternyata cara diatas talian ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa kita. Tidak perlu lagi beratur di Pejabat Pos, membayar parking kereta, berpanas, dan menghabiskan masa dan tenaga anda. Selain itu anda juga layak mendapat potongan 10% diskaun dengan menggunakan motortakaful!

    Bagi yang ingin renew insurans dan roadtax secara online anda memerlukan perkara berikut terlebih dahulu;

    • No Plate Kereta
    • Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Vehicle Chassis No
    • Engine No
    • Model Kereta  & C.C
    • Nama Insurans/takaful terdahulu
    • Nama dan Kad Pengenalan pemandu kedua (jika mahu)

    (Untuk Vehicle Chassis dan Engine No rujuk pada Salinan Geran / Salinan Insuran)
    Untuk pembayaran pula, anda perlukan internet banking atau boleh juga menggunakan Kredit/Debit Card Visa/Mastercard , Pastikan ada nilai wang yang cukup dalam kad anda.

    Isi borang yang telah disediakan terlebih dahulu untuk pihak motortakaful menyemak NCD anda.

    Semak NCD online

    Untuk bantuan boleh hubungi : ETIQA Oneline: 1-300-13-8888

    Setelah selesai menghidupkan Insuran / Takaful di Motortakaful.com anda perlu ke website MYEG untuk membuat roadtax (cukai Jalan )

    Pihak MYEG akan menghantar roadtax terus ke rumah atau pejabat anda. Kebiasaanya hari ini buat esok atau lusa boleh dapat dah jika di dalam kawasan bandar.

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here