Kertas soalan bocor sering terjadi apabila tiada sifat integriti di kalangan pegawai yang memegang amanah, dengan adanya kecanggihan teknologi sekarang soalan hanya boleh di muatnaik ke media sosial dengan pantas seperti Facebook dan juga melalui Whatsapp, Viber dan Wechat.
Baru sebentar tadi saya ada terbaca di Sinar Harian Online bertajuk
“SPM: Kertas Matematik, Matematik Tambahan bocor?”
Menurut berita tersebut, 3 individu telah mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan telah bocor, dan telah membuat aduan ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Rashid memberitahu kertas tersebut telah diedar semasa Seminar SPM 2013 yang dikelola oleh seorang guru di Masjid Mua’dz Bin Jabal di Setiawangsa pada 17 November 2013.
Benar atau tidak soalan tersebut bocor kini diselidik oleh pihak Lembaga Peperiksaan dan satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Wangsa Maju.
Sememangnya memegang amanah itu sungguh berat, kita di bidang pendidikan memerlukan orang yang benar-benar mempunyai tanggungjawab dan integriti dalam menjaga rahsia dan maklumat sulit kerajaan.
Sesiasatan menyeluruh dapat dijalankan berkenaan isu ini.
Ingat tak lagu Guru Malaysia, ‘Amanah yang diberi kami tak persiakan’ 🙂