Emel MOE atau disebut juga sebagai ID Delima sebenarnya banyak membantu kita untuk mendapatkan beberapa akses untuk aplikasi Premium. Selalunya kita gunakan untuk membuka Google Classroom, Google Meet, Drive dan sebagainya.
Antara aplikasi lain yang anda boleh gunakan adalah dengan mendapatkan akaun Canva For Education secara percuma, dengan syarat kita perlu login menggunakan emel moe kita.
Bagaimana cara untuk mengaktifkannya?
Boleh ikuti tutorial daftar Canva Guna Emel ID Delima di bawah:
- Buka laman web canva menggunakan browser chrome : www.canva.com ( boleh guna di laptop atau pun di smartphone)
- Pergi di login, dan sign up with google account, dan pilih emel moe anda. (Pastikan anda telah log in emel Moe anda di dalam Chrome. Jika belum add account)
- Setelah login pergi ke menu setting:
Tekan Account Setting di ruangan menu
Tekan billing and teams
Di bawah Canva for education anda tekan register now for free. kemudian akan dipaparkan unlock for education verified now;
Selepas anda sudah verified, anda kini sudah berjaya mendapatkan Canva For Education. Antara kelebihannya anda boleh menggunakan poster dan tool di dalam canva secara sepenuhnya. Ia berbeza dengan emel biasa yang mana anda perlu subscribe berbayar jika mahukan versi premium.
Kenapa guna canva? Terdapat banyak aplikasi yang boleh kita guna sebenarnya, namun ramai yang memilih canva kerana templat yang disediakan amat menarik dan memberikan kita idea untuk membina poster atau video yang kreatif.
Canva juga ada Aplikasi di Smartphone yang mana anda boleh muat turun di Playstore atau AppStore.
Cara untuk gunakannya juga mudah dan ‘user friendly’ bagi yang baru pertama kali menggunakannya mungkin agak kekok, namun lama kelamaan akan biasa dan seronok.
Selain membuat poster anda juga bolh embuat video pdpr yang menarik menggunakan canva sahaja.
Namun begitu, pihak canva telah menghadkan jumlah mereka yang dapat versi education ini, dan sekarang perlu memberi surat pengesahan untuk “verify” anda sebagai guru.
Anda perlu memberi surat pengesahan seperti surat pengesahan dari pihak sekolah atau jabatan. Mohon beberapa kali jika tidak berjaya.
Satu lagi kaedah yang mudah, ialah dengan meminta rakan anda yang telah mendapat versi edu membina team dan add akaun anda dalam class anda.
Dengan kaedah ini, anda akan dapat menggunakan versi edu.
Selamat mencuba, sekiranya ada masalah boleh pm admin di Facebook Pendidik2u atau komen di bawah.