Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Soalan Lazim berkaitan PKPB bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai khususnya guru dan kakitangan sekolah.
B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH
3. Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB? Boleh, jika ada keperluan.
4. Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?
Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.
5. Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB? Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.
6. Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa PKPB? Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Guru perlu membuat perancangan awal untuk pulang ke tempat tinggal.
Itu di antara soalan yang penting yang mahu diketahui guru-guru, kerana ada yang diarahkan ke sekolah.
Yang sebenarnya, boleh ke sekolah jika ada keperluan sahaja, kalau setakat nak bermesyuarat pasca PKP belum mencapai tahap keperluan. Lagipun boleh gunakan kemudahaan teknologi semasa, bermesyuarat di atas talian.
Boleh rujuk: Soalan Lazim FAQ PKPB KPM









