Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Dato’ Azih Muda berkata, pihaknya tidak akan memberi tekanan kepada Kerajaan PH dalam Bajet 2019. Segala apa yang diberikan oleh kerajaan akan diterima kerana ini merupakan Bajet pertama bagi mereka.

Langkah itu berikutan, mereka baru lagi memegang tampuk pemerintahan dan negara kita mempuyai bebanan hutang yang tinggi.

“Terpulang kepada kerajaan untuk menentukan apa yang wajar dipertimbangkan (untuk penjawat awam),” katanya ketika ditanya  apakah harapan Cuepacs dalam  Bajet 2019 berhubung kenaikan gaji, elaun dan faedah-faedah lain untuk penjawat awam.

Bajet 2019, akan dibentangkan pada 2 November 2018, oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng di Parlimen nanti.

Azih juga meminta kerajaan campur tangan untuk mengawal harga rumah yang melambung tinggi, kerana ramai Penjawat Awam yang tidak mampu untuk membeli rumah disebabkan harga yang melebihi kemampuan mereka.

– Bernama