Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah satu kaedah penilaian;
1. Konsep Berasaskan Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place)
2. Standard prestasi selaras dengan Goverment Transformation Programme 2.0 (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Guru-guru boleh rujuk panduan eprestasi dan PBPPP di sini.
Penilaian ini telah dibangunkan oleh Teachers Lab, GTP 2.0 yang menggabungkan 5 bentuk penilaian guru yang wujud di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Laporan Penilaian Prestasi (LNPT)
Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK)
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Standard 4)
Kriteria Kecemerlangan
Penilaian Guru Cemerlang
Objektif PBPP ialah:
Menilai kompetensi dan potensi PPP
Menilai keberhasilan (aspek peningkatan) yang merupakan hasil kerja PPP (Kumpulan PdP dan PTA)
Mengenalpasti potensi PPP untuk membolehkan Program Pembangunan Profesional Berterusan dijalankan.
Mengenalkan keperluan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP
Matlamat PBPPP ialah:
Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi.
Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP.