Kita sudah berada di bulan Jun, iaitu telah masuk ke Pertengahan Penggal ke 2. Guru-guru kini sudah pasti sedang sibuk merancang pecutan, dan sedang berusaha untuk memastikan tajuk-tajuk dapat dihabiskan mengikut rancangan tahunan yang telah disediakan. Hari admin ingin kongsikan Soalan Percubaan UPSR Matematik 2016 yang mana boleh dijadikan contoh dan rujukan kepada guru-guru dan murid-murid yang bakal menduduki UPSR.

Soalan UPSR Matematik 2016
Mengapa perlunya merujuk soalan-soalan tahun lepas?
Memandangkan Format Baharu UPSR kini bermula pada 2016, maka menjadi kewajiban kepada guru-guru untuk menjadikan soalan tahun lepas sebagai latih tubi dan gambaran kepada murid-murid.

Koleksi Soalan Percubaan UPSR Matematik 2016 sangat berguna dan boleh dijadikan:

  • Ujian bulanan kepada murid.
  • Soalan latih tubi di dalam kelas.
  • Membuat ulangkaji secara berkumpulan.
  • Memberi gambaran kepada soalan UPSR sebenar.
Bagaimana untuk memuat turun soalan-soalan tersebut?
Muat turun di :
Soalan UPSR Matemaik 2016
Tugas guru setelah berjaya simpan soalan:
  • Simpan di dalam Laptop.
  • Susun di dalam folder yang mudah untuk dicari.
  • Print salinan dan masukkan di dalam fail Bank Soalan.
Gunakan bahan-bahan ini sebaik-baiknya untuk meningkatkan lagi kemahiran murid menjawab soalan, kerana ada murid yang pandai tetapi kerana tidak dilatih menjawab soalan menyebabkan mereka membuat kesilapan mudah ketika peperiksaan.
Nasihat yang berterusan mampu membuatkan murid-murid sentiasa fokus terhadap pelajaran, namun hendaklah kuat dan bersabar dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup. Ingat matematik adalah permainan nombor yang menyeronokkan.
Selain Soalan Percubaan UPSR, para guru juga boleh memberi latih tubi Soalan UPSR sebenar 2016, ia juga boleh dijadikan penanda aras tahap kebolehan murid. Sekiranya soalan tahun lepas murid mampu mendapat A, maka untuk tahun ini, dia juga berkebolehan untuk mendapat A.
Bahan rujukan dan modul yang boleh dijadikan panduan:
Modul Matematik
Soalan Matematik UPSR 2016
Modul Guru
Latih tubi Matematik
Semoga perkongsian Soalan Percubaan UPSR Matematik 2016 ini dapat membantu anda dan murid anda dalam mencapai keputusan yang terbaik. Kita doakan anda semua berjaya di dalam UPSR nanti.
Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: