Menteri Pendidikan Md Radzi Jidin menjelaskan di dalam Facebook rasminya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, data telah menunjukkan penularan jangkitan wabak COVID-19 di kalangan rakyat semakin menurun.
Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan lebih banyak sektor akan dapat dibuka semula tidak lama lagi, termasuk sektor pendidikan.
Kami di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama KKM telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus untuk pembukaan sekolah nanti. Aspek keselamatan dan kesihatan murid serta guru tetap diutamakan.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, sekolah pada mulanya hanya akan dibuka untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6. Manakala, untuk pelajar lain akan dibuka semula secara berperingkat berdasarkan nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sama-samalah kita lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2397813340515893&id=1560866277543941