Pernahkah anda mengalami, gatal-gatal pada kulit anda? Alergi pada makanan laut, ataupun gatal disebabkan bakteria, kulat dan hama? Jika anda mengalami kegatalan pada kulit, anda boleh mencuba beberapa petua yang dapat membantu mengurangkan masalah tersebut.
Hidroterapi
Anda boleh menggunakan tepung ubi kayu sebagai kanji dan lumurkan di badan anda. Selain itu juga jadikan ia sebagai bedak setelah mandi dan sebelum tidur.
Pengubatan Herba
Herba-herba tradisional banyak khasiatnya yang perlu kita cuba. Antara Herba yang boleh kita gunakan untuk mengubati kegatalan pada kulit ialah:
Daun Gladulus (Gliridia Sepium (Jacg.) Steud)
Hancurkan atau tumbuk daun Gladulud muda dah perah sehingga keluar sari/air perahannya, dan sapukan pada kulit hingga kegatalan hilang.
Getah daun dan Batang Kemboja (Plumeria Acumi Nata Ait)
Perah daun dan batang kemboja sehingga dapat sarinya dan campur dengan minyak kelapa. Gosokkan campuran tersebut pada kulit yang gatal sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Daun Raja Kayu (Cassia Fistula L.)
Dapatkan daun raja kayu yang muda, tumbuk sehingga hancur dan gosokkan pada bahagian yang gatal, lakukan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari. Lakukan sehingga kegatalan hilang.
Jika anda ada tumbuhan herba di atas anda boleh mencubanya, semoga ia berkesan menghilangkan kegatalan, selamat mencuba. Sekiranya alahan yang teruk dinasihatkan supaya berjumpa doktor.