Pengajaran kisah Anakku Sazali.

Sebelum P. Ramlee pergi meninggalkan kita, rupanya dia telah tinggalkan pesanan dan kisah tauladan buat generasi kita menerusi filem yang telah beliau hasilkan, iaitu Filem Anakku Sazali.

Sazali merupakan anak tunggal kepada Hassan, kepercayaan Hasan kepada Sazali sangat tinggi, beliau juga menyayangi Sazali lebih dari segalanya. Apa yang Sazali mahukan semua akan dituruti.

Sazali merupakan ketua gengstar, mempunyai pengikut yang ramai di singapura. Pelbagai jenayah yang sazali buat, merompak, memeras ugut dan juga merogol.

Sazali juga telah mencabul kehormatan Rokiah, anak Bapa Saudaranya, namun tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahannya. Di bawah ini merupakan dialog yang cukup popular sehingga ke hari ini.

Apa pengajaran dari kisah Anakku Sazali ini? Banyak pengajaran sebenarnya yang boleh kita ambil, secara ringkasnya adalah:

  • Didikan anak bukanlah dengan memberikan harta benda semata-mata.
  • Sayang anak bukanlah memenuhi segala permintaan.
  • Anak kita mungkin baik di depan kita, namun berkelakuan berbeza di belakang kita.
  • Didikan yang baik adalah bermula dari rumah.
  • Awasi pergaulan anak, kenali dengan siapa dia berkawan, apa yang mereka buat, kemana mereka pergi.
  • Perkara yang paling penting adalah didikan agama, ada agama InsyaAllah apa yang baik dan buruk dapat dibezakan, yang mana pahala, yang mana dosa dapat dielakkan.
  • Ingat melentur buluh biarlah dari rebungnya, bukan bila dah besar panjang baru nak bagi penampar, bagi rotan, ketika itu hati sudah keras, jiwa sudah bernafsu.

Ini pula versi kelate, untuk selingan kita yang tengah stress..

Cerita sebegini budak-budak sekarang bukan suka tengok, jadi kalau ada masa, boleh tayang sikit sedutan dari filem ini. Kemudian terangkan pengajaran dan tauladan yang boleh diambil.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u