Home info Pendidikan Kesenian dan Muzik diajar berasingan mulai 2020

Pendidikan Kesenian dan Muzik diajar berasingan mulai 2020

56
0

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 8/2018 bertarikh 20 Julai 2018 telah memutuskan mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Kesenian dilaksanakan secara berasingan sebagai mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan
mata pelajaran Pendidikan Muzik bermula tahun 2020.

Oleh yang demikian Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 2019 telah dikeluarkan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Surat pekeliling ikhtisas ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Seni Visual dan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik bagi menggantikan mata pelajaran Pendidikan Kesenian mulai tahun 2020.

Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik
merupakan dua mata pelajaran yang menggantikan mata pelajaran Pendidikan
Kesenian dalam KSSR (Semakan 2017).

Butiran penting dalam Pekeliling:

  • Peruntukan masa minimum setahun ialah 32 jam bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan 16 jam bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik.
  • Bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), Pendidikan Seni Visual dilaksanakan satu jam manakala bagi Pendidikan Muzik dilaksanakan 30 minit.
  • Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik diajar oleh guru opsyen.
  • Menggunakan buku teks KSSR Pendidikan Kesenian sedia ada sehingga buku teks KSSR Pendidikan Seni Visual dan KSSR Pendidikan Muzik diterbitkan secara berasingan.
  • Menggunakan Geran Per Kapita (PCG) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan mata pelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah mengikut surat pekeliling kewangan yang sedang berkuat kuasa.

Jadual psv dan muzik

Jadual kssr semakan

Jadual kssr semakan

Muat turun Pekeliling Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik : MUAT TURUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here