Seorang guru lelaki yang dikenali sebagai Mohd. Hafiz Jasmi, berusia 38 tahun, dikhuatiri hilang di kawasan peranginan Sungai Sedim, di sini sejak kelmarin.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali, menyatakan bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada pihak polis kira-kira pukul 4.25 petang Jumaat lalu.
Memasuki hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru lelaki dipercayai hilang di kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim Jumaat lalu, diteruskan lagi hari ini dan diperluas ke Puncak Gunung Bintang sejauh 14 kilometer (km).
Beliau berkata, operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan renjer hutan.
“Operasi hari ini ditangguhkan jam 5.30 petang tadi berikutan hujan lebat di kawasan itu dan akan disambung semula jam 8 pagi esok,” katanya.
Terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hafiz Jasmi, 38, pada jam 4.25 petang Jumaat lalu di kawasan berkenaan.