Pelawaan Calon Penulis Buku Teks Tahun 6 KSSR

    40
    0
    Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka mempelawa mana-mana calon penulis buku teks bagi Tahun 6 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang berkelayakan, berkebolehan dan berpengalaman serta mempunyai kepakaran dalam menulis buku teks dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
    Buku Teks Tahun 6 ini adalah untuk kegunaan bagi Tahun 2016 yang telah dipertanggungjawabkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Calon-calon penulis dipelawa untuk menulis buku teks mata pelajaran KSSR Tahun 6 
    seperti yang berikut: 
     
     Bahasa Malaysia SK/SJK Tahun 6 
     English Year 6 SK 
     Bahasa Arab Tahun 6 
     Pendidikan Islam Tahun 6 
     Pendidikan Moral Tahun 6 SK 
     Pendidikan Jasmani Tahun 6 SK 
     Pendidikan Kesihatan Tahun 6 SK 
     Matematik Tahun 6 SK 
     Sains Tahun 6 SK 
     Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6 SK 
     Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 SK 
     Pendidikan Seni Visual Tahun 6 SK 
     Pendidikan Muzik Tahun 6 SK 
     Sejarah Tahun 6 SK
    Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ialah:
    Calon penulis sebaik-baiknya mempunyai pengalaman menulis. Salinan kulit buku atau hasil penulisan atau bukti yang berkaitan perlulah disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional dan disertakan sebagai bukti hasil penulisan.
    Selain itu juga, calon penulis sekurang-kurangnya mempunyai sijil, diploma, ijazah dalam mata pelajaran dan bidang berkenaan.
    Bagi mereka yang berminat untuk memohon boleh rujuk Iklan Tawaran Pelawaan Calon Penulis Buku Teks dan mengisi borang yang telah disediakan.
    Taklimat kepada calon penulis tentang program penulisan ini akan diadakan pada 17 Mei 2014, pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 
     
    Maklumat Umum: Encik Abang Patdeli bin Abang Muhi 
     No. Tel. : 03-21479505 
     E-mel : apam@dbp.gov.my 

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here