Menteri Cadang Pelajar Boleh Bawa Telefon atau Laptop Untuk Tujuan Pembelajaran

    73
    0

    Kementerian Pendidikan bercadang membenarkan pelajar menggunakan alat peranti seperti laptop, tablet dan telefon bimbit di sekolah untuk tujuan pembelajaran.

    Murid bawa laptop
    Petikan dari Malaysiakini
    Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penggunaan alat tersebut bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.
    Katanya, cadangan itu bagaimanapun belum dimuktamadkan kerana kementerian perlu mengkaji cadangan itu secara terperinci sebelum melaksanakannya.
    “Saya masih belum memikirkan jenis alat peranti yang boleh dibawa oleh pelajar ke sekolah…mungkin selepas perbincangan lanjut, kementerian akan umumkan keputusannya dalam tempoh dua bulan akan datang,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
    Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelancaran 70 Buku Siri Sukan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan perjanjian kerjasama penerbitan antara ITBM-Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM), di Kuala Lumpur.
    Turut hadir Pengerusi ITBM, Budiman Mohd Zohdi dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron.
    Mahdzir menarik perhatian bahawa beberapa negara maju seperti Jepun dan Korea telah membenarkan secara terhad penggunaan beberapa peranti seumpamanya di sekolah.
    Katanya, bagi menjayakan cadangan penggunaan alat peranti di sekolah, beliau mengarahkan pembekal Perkhidmatan 1BestariNet meningkatkan kapasiti kelajuan jalur lebar sehingga enam gigabit sesaat di sekolah luar bandar manakala 12 gigabit sesaat bagi sekolah di bandar.
    – BERNAMA
    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here