Ramai lagi di kalangan guru-guru yang tidak mengetahui bahawa guru dan murid seluruh Malaysia yang memerlukan software original Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint, etc) dengan percuma boleh memuat turunnya menggunakan ID Yes Bestarinet masing-masing.

Ia Percuma, Original, oleh itu jangan lepaskan peluang ini untuk kita dapatkannya. Ia juga bukan versi percubaan (trial). Ia adalah versi Office 365. Selain itu, anda juga akan dapat 1TB OneDrive (sama macam Dropbox)

Perisian Office 365 untuk PC, Mac, Android dan Apple iOS. 1 akaun dapat guna untuk 5 devices sekaligus.

Bagaimana cara untuk anda dapatkan Microsoft Office 365 ini, mudah sahaja, anda cuma perlu sediakan perkara berikut:

CARA MUAT TURUN MICROSOFT OFFICE
PERCUMA UNTUK GURU GUNA EMEL YES

1. Laptop/PC
2. Emel Yes anda, beserta password sekali.
3. Capaian Internet ( Pastikan yang stabil dan laju lagi baik)

step 1 : Buka link OFFICE 365
step 2 : Tekan INSTALL OFFICE, (Setup File akan dimuat turun)
step 3 : Setelah anda download “Setup File”, anda perlu Run setup tersebut dan ia akan Install di laptop/PC anda. Sila tunggu sehingga siap (lebih kurang 60 Minit). Pastikan anda tidak menutup internet anda.
step 4 : Setelah siap RUN dan Install, buka Microsoft Word anda
Step 6: Contoh buka Word, Pergi di sebelah atas untuk sign in, sign in guna emel yes, dan password yes anda. Rujuk ambar:

office plan guru


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


(Untuk aplikasi lain pun perlu sign in, seperti excel, access, powerpoint dan sebagainya.)

office guru

Contoh yang telah berjaya login

Pakej ini jika di luar bernilai RM 29.90 sebulan tapi kerajaan sediakan untuk SEMUA GURU dan MURID tanpa apa- apa BAYARAN dan PERCUMA. Rugi kalau kita tidak manfaatkannya. Anda juga boleh Install di Smartphone dan Tablet dengan menggunakan applikasi yang telah disediakan.

Senarai Aplikasi yang terdapat di dalam Pakej ini:
office 365 guru

  1. Word
  2. Excel
  3. PowerPoint
  4. Access
  5. OneNote
  6. Outlook
  7. Publisher

Pastikan juga anda ingat maklumat seperti password emel atau id anda, sila catat dan simpan untuk mengelakkan berlaku masalah di kemudian hari.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk login sila rujuk semula dengan penyelaras Frog Vle sekolah anda. Pastikan emel dan password anda betul.