Home Berita NUTP Kesan Ada Sekolah Tak Patuhi Pekeliling

NUTP Kesan Ada Sekolah Tak Patuhi Pekeliling

111
0
Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengesan ada sekolah melaksanakan kegiatan pada Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima yang bercanggah dengan pekeliling Kementerian Pendidikan melarang aktiviti pada minggu berkenaan. 
NUTP kesan ada sekolah
Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata sekolah terbabit sepatutnya mematuhi pekeliling dan setiap arahan Kementerian Pendidikan bagi memberi peluang guru berehat dan menguruskan hal ehwal keluarga pada hari berkenaan. 
Sedia jadi orang tengah 
“Kami sedia menjadi orang tengah untuk melaporkan sekolah terbabit kepada Kementerian Pendidikan bagi memastikan guru tidak terbeban dengan kegiatan sekolah setiap hujung minggu (Sabtu). “Kegiatan sekolah pada Sabtu minggu pertama, ketiga dankelima ‘diharam” oleh Kementerian Pendidikan seperti termaktub dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 2005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu,” katanya kepada BH di sini semalam. 
Kamarozaman diminta mengulas aduan guru berhubung sekolah mengadakan kegiatan pada Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima sedangkan program atau mesyuarat hanya boleh dijalankan pada minggu kedua dan keempat sahaja. Pada 7 Mac 2016, Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling berkaitan pelaksanaan bekerja lima hari seminggu seperti termaktub dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 2005 yang hanya membenarkan mesyuarat dan program pada Sabtu minggu kedua dan keempat. 
Pekeliling ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab itu jelas menyatakan tiada sebarang aktiviti, program atau mesyuarat dibenarkan pada Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima.
~ Berita Harian
Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here