Menteri Pendidikan dalam kenyataan di Facebooknya menyatakan beliau telah mengarahkan KPPM untuk menyemak semula SOP dalam tugas guru membawa murid menggunakan kenderaan sendiri.

Berikut status di Facebook beliau:

Hari ini saya mendapat khabar yang sangat menyedihkan.

Seorang guru cedera, dan 3 pelajar maut di dalam kemalangan di simpang FELDA Lok Heng Jalan Kota Tinggi-Pengerang, semalam.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Mohamad Norman Bastaman, Daing Muhammad Afeeq, dan Muhammad Syafawi Zayadi.

Sama-sama kita mendoakan arwah tergolong dalam kalangan orang-orang beriman.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Pada masa yang sama, saya telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah membantu memudahkan urusan berkaitan tuntutan dan yuran guaman kepada guru tersebut sekiranya perlu.

Ini amat penting kerana guru berkenaan sedang menjalankan tugas mengikut prosedur dan tanggungjawabnya ketika perkara yang menyedihkan ini berlaku.

Berikut pula respon kepada komen Cikgu MFS :


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Saya telah meminta KPPM untuk menyemak semula Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan semua pekeliling yang berkaitan isu ini.

Saya tidak mahu lagi kes-kes seperti ini menganiaya guru-guru yang terlibat. Kebajikan mereka ialah perkara yang mesti diutamakan dan sangat penting dalam membentuk ekosistem pendidikan yang baik.

Dan terima kasih kepada Cikgu Fadli Salleh kerana menyuarakan hal ini.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u