Spa merupakan tempat yang membahagiakan terutamanya bagi kaum hawa, setelah penat bekerja seharian pasti inginkan rehat dan urutan yang dapat menghilangkan tekanan, maklumlah wanita sekarang kuat bekerja sama ada yang bekerjaya ataupun suri rumah. Walaubagaimanapun Spa Muslimah sangat kurang untuk ditemui berbanding Spa biasa mungkin kerana kos untuk membuat spa tinggi barangkali, ataupun mungkin juga kurang kepakaran dalam bidang Spa, kecantikan dan urutan refleksologi.
Di dalam kesibukan golongan wanita bekerja sekarang, mereka juga ingin merehatkan badan dengan memanjakan diri di Spa, Bagi yang berkemampuan Spa menjadi tempat persinggahan bulanan, bahkan ada yang seminggu sekali menghadirkan diri ke pusat-pusat urutan dan kecantikan ini.
Apa yang menjadi masalah sekarang adalah kekurangan untuk mencari Spa Muslimah, di mana yang menjaga aurat pelanggannya dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Selain itu juga menjadi keutamaan untuk pelanggan memilih spa yang menggunakan bahan-bahan yang halal dan tidak membahayakan kesihatan. Maklumlah pelbagai produk yang kurang pasti status halalnya sekarang.
Biarpun terdapat juga spa yang diusahakan oleh orang Islam, tetapi ada juga yang tidak menjaga hak pelanggan dalam menjaga auratnya, sehinggakan ada yang membiarkan lelaki masuk ke spa kononnya sedang menunggu Isterinya, tetapi ruang menunggunya boleh nampak pelanggan wanita lain. Ini sepatutnya pihak Spa perlu memberikan servis yang terbaik kepada pelanggannya, jika servis teruk pelanggan pun akan lari, dan jika servis baik pelanggan bukan sahaja akan datang lagi, bahkan mengesyorkan kepada rakan-rakannya yang lain.
Di sini ada beberapa Spa Muslimah yang boleh anda cuba:
Bangi:
AISHAH RADHIAH BEAUTY AND SPA
No. 1-11, Jalan 8/35, Seri Bangi Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone : 03-89221598 / 0176171619
Qalesya Spa
43B, Jalan 3/69 seksyen 3, bdr baru bangi.
0122952374 / 013642387
Kajang:
Hannah Spa
No 17-1, Jalan Sentosa Villa 1/1,
Taman Sentosa Villa,
43000 Kajang, Selangor.
03-87370846 / 017-2806972
Ipoh:
Buluh Spa
25A, Jalan Meru Bestari A2,
Medan Meru Bestari,
30020 Ipoh, Perak.
019-5493175
D Nur Beauty House
No. 37A, Jalan Meru Bistari A2,
Medan Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak
012-5564200
Seremban:
Ain Muslimah Spa
450-1, Jln Sri Pulai 26, Tmn Sri Pulai 2,
704000 Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-7652280 / 012-6854750
Kuantan:
Mata Ayer Spa
B54, Lorong IM 8/33, Taman Mahkota Putra,
Bandar Indera Mahkota,
25200, Kuantan, Pahang
09-5729315
Sekiranya anda pemilik Spa Muslimah anda boleh emelkan alamat, contact dan servis yang anda untuk di listkan di sini. Emel ke pendidik2u@gmail.com mungkin dari sini mereka jumpa spa anda dalam keyword carian Spa Muslimah di search engine Google atau Yahoo.
Sekiranya anda pemilik Spa Muslimah anda boleh emelkan alamat, contact dan servis yang anda untuk di listkan di sini. Emel ke pendidik2u@gmail.com mungkin dari sini mereka jumpa spa anda dalam keyword carian Spa Muslimah di search engine Google atau Yahoo.