Home info Senarai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan MPPK 2018-2020

Senarai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan MPPK 2018-2020

71
1

KENYATAAN MEDIA: LANTIKAN AHLI MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MPPK) 2018-2020

Seramai tujuh anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2018-2020 telah dilantik, berkuatkuasa 1 Ogos 2018. Pelantikan ini dibuat oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

MPPK ditubuhkan selaras dengan peruntukan Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan) 2012.

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Tan Sri Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dilantik sebagai Pengerusi MPPK manakala YBhg. Tan Sri Yong Poh Kon sebagai Timbalan Pengerusi.

Saya percaya bahawa mengambil kira latar belakang kesemua anggota yang dilantik ini, MPPK sesi 2018-2020 akan memainkan peranan dengan berkesan dan menyeluruh bagi meningkatkan martabat sistem pendidikan.

Saya juga berharap MPPK akan membantu Kementerian dengan memberikan pandangan dan nasihat khususnya untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

MPPK akan menasihati Menteri Pendidikan dalam semua perkara yang berkaitan dengan pendidikan, daripada peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan tinggi.

Kementerian Pendidikan telah meneliti profil-profil pakar pendidikan yang bersesuaian dan anggota MPPK dilantik dalam kalangan mereka yang mempunyai kepakaran, kredibiliti serta rekod prestasi yang cemerlang dalam bidang pendidikan.

YBhg. Tan Sri Wan Zahid telah dipilih untuk mempengerusikan MPPK atas sebab beliau mempunyai visi yang progresif dan pengalaman yang luas terhadap sistem pendidikan kebangsaan.

Begitu juga dengan ahli MPPK yang lain seperti YBhg. Tan Sri Yong Poh Kon yang telah banyak menyumbang tenaga dan jasa dalam bidang ini walaupun beliau berada dalam industri berlainan.

Senarai keanggotaan MPPK sesi 2018-2020 adalah seperti berikut:

1. Tan Sri Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin (Pengerusi)
2. Tan Sri Yong Poh Kon (Timbalan Pengerusi)
3. Datin Noor Azimah binti Abdul Rahim (Anggota)
4. Dato’ Satinah binti Syed Saleh (Anggota)
5. Datuk Dr. Sukiman bin Sarmani (Anggota)
6. Brig. Jen. Dato’ Yusri bin Anwar (Anggota)
7. Prof. Dr. Ruzita binti Mohd Amin (Anggota)

Melalui pentadbiran Kerajaan yang baharu, Kementerian Pendidikan akan mengamalkan sikap terbuka dan justeru, MPPK akan memainkan peranan penting dalam memberikan nasihat berkaitan pendidikan khususnya kepada YB Menteri Pendidikan.

Sekian.

YB DR. MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
16 Ogos 2018

(Sumber Facebook Rasmi Menteri Pendidikan)

1 COMMENT

  1. Tahniah Kerajaan PH,
    Beberapa keanggotaan AJK MPPK sangat dipertikaikan oleh khalayak..
    Peduli apa, janji kita dah ikut arahan Abang Besar..

    Ke mana arah tuju Pendidikan selepas ni..
    Moga 5 tahun ni, cukup beri pengajaran buat kita..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here