Home info Krisis Rohingya Dari Perspektif ASEAN

Krisis Rohingya Dari Perspektif ASEAN

60
0
Orang Rohingya

Krisis etnik merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap
kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan
antara kaum. Hal ini demikian kerana, krisis etnik telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia,
tetapi masih berlarutan sehingga kini.

Pada era globalisasi ini, krisis etnik tetap wujud di setiap serata dunia. Krisis etnik yang berlaku di negara-negara dunia seperti Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda dan juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia dan myanmar telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan. Hal ini dibuktikan, kejadian yang berlaku terhadap etnik rohingnya di Myanmar.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Etnik rohingnya merupakan salah satu dari tujuh etnis minoritas Muslim di Myanmar yang
kebanyakan baragama Budha. Ketujuh etnis tersebut adalah Kayah, Karen, Chin, Kachin, Mon,
Shan dan Rakhine yang tersebar di berbagai penjuru Myanmar khususnya di wilayah perbatasan.
Namun, pada sebagian besar penduduk Rohingya terkonsentrasi di tiga kota dibahagian utara,
seperti Maungdaw, Buthidaung, dan Rathedaung.

Orang Rohingnya berkomunikasi dengan menggunakan dialek Bengali seperti yang diucapkan di wilayah Chitagong, Bangladesh, yang terutama tercampur dengan pengaruh bahasa Urdu, Hindi, dan Arab, tetapi juga bahasa Barma dan Inggris (Amnesty International, 2004).

Masyarakat Rohingya merupakan kaum minoriti yang merupakan penduduk asal wilayah Arakan. Golongan ini menetap di bahagian utara Arakan dan menjadi warga negara Myanmar setelah negara tersebut mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1948. Sebelum rampasan kuasa tentera berlaku yang diketuai oleh Jeneral Ne Win pada tahun 1962, etnik Rohingya diberikan hak yang sama seperti warga negara Myanmar yang lain ketika berada di bawah pemerintahan Perdana Menteri Myanmar yang pertama iaitu U Nu. Mereka diberikan layanan yang baik serta hak untuk mendapatkan pendidikan, mengembangkan ajaran islam dan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan ketika itu.

Namun, setelah peristiwa rampasan kuasa berlaku, kehidupan etnik tersebut berubah apabila
kerajaan Myanmar menafikan status mereka sebagai warga negara Myanmar dan turut menjadi
mangsa penindasan yang sangat kejam oleh Jeneral Ne Win (www.britannica.com/biography/UNu).

Sejarah krisis etnik Rohingya di Myanmar

Sejarah krisis etnik Rohingya merupakan krisis yang didasari atas perlakuan diskriminasi karana
perbezaan etnik dan agama. Etnik Rohingya telah tinggal ratusan tahun di sebelah barat
Myanmar, iaitu di negara bahagian Rakhine yang tidak diakui keberadaannya oleh negara
Myanmar dan tidak mendapatkan kewarganegaraan.

Etnik Rohingya adalah kumpulan etnik yang sebagian besar beragama Islam yang di daerah dua kota utara bahagian Rakhine yang sebelumnya di sebut sebagai Arakan. Pemerintah Myanmar atau masyarakat umum Myanmar menyebut etnik Rohingya sebagai orang Bangali atau orang Muslim. Meskipun, orang Rohingya sudah ada turun temurun di Rakhine, namun mereka dianggap pendatang asing dari Bangladesh. Hal ini dibantah oleh kelompok etnik Rohingya dan beberapa sejarawan bahawa etnik Rohingya asli bangsa Rakhine atau Arakan.

Diimbas dari sejarah ketika Myanmar merdeka dari Inggris tahun 1948, Undang-Undang
kewarganegaraan Myanmar menyebutkan bahawa etnik Rohingya tidak diakui kewarganegaraan
Myanmar, namun masih menetapkan dibawah ketentuan khusus.

Pada tahun 1982, etnik Rohingya benar-benar dihilangkan hak kewarganegaraanya setelah adanya Undang-Undang kewarganegaraan yang baru. Berdasarkan undang-undang tersebut, etnik Rohingya tidak termasuk 135 kelompok etnik di negara Myanmar. Sementara, Bangladesh tidak mahu mengakui mereka sebagai warganegara kerana mereka berasal dari Myanmar sehingga etnik Rohingya tidak memiliki status kewargaanegaraan.

Hal ini menunjukan, kumpulan etnik Rohingnya tidak diterima kewarganegaraan daripada kedua negara tersebut sehingga kini dan berlaku penindasan terhadap golongan etnik Rohingya.

Hak asasi etnik Rohingya di negara ASEAN

Antara hak asasi yang dapat kita lihat dari pemerintahan negara anggota perhimpunan bangsabangsa Asia Tenggara (ASEAN), pada kesempatan konferensi kali ke-21 ASEAN di PhnomPenh Kamboja.

Menegaskan kembali komitmen ASEAN terhadap pemajuan dan pelindungan hak
asasi manusia dan kebebasan dasar serta tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip di dalam Piagam
ASEAN, termasuk prinsip-prinsip demokrasi, aturan hukum, dan tata kelola yang baik.

Para anggota Asean mengakui pentingnya kaedah pelaksaan pemerintah ASEAN untuk hak asasi
manusia (AICHR), sebagai institusi tanggungjawab utama bagi pemajuan dan pelindungan hak
asasi manusia di ASEAN, yang diharuskan bagi terbentuknya masyarakat ASEAN yang
berorientasi kepada masyarakat dan sebagai sarana untuk pembangunan sosial dan keadilan
yang progresif, pemenuhan martabat manusia dan pencapaian kualiti kehidupan yang lebih baik
untuk masyarakat ASEAN. Untuk itu negara anggota ASEAN menetapkan sebuah deklarasi yang
dinamakan sebagai (Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN yang ditetapkan pada 18
November 2012).

Dalam menangani kenyataan tersebut, etnik Rohingya juga telah melakukan
sedaya-upaya untuk memperjuangkan hak-hak mereka kepada pemerintah yang berkuasa
namun tidak mendatangkan hasil.

Piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) dalam perbicaraannya meletakkan
keyakinan kepada negara anggota tentang hak asasi manusia, maruah dan nilai manusia, serta
hak yang sama bagi lelaki dan wanita. Perkara 1(3) menyenaraikan tujuan PBB untuk memupuk
dan menggalakkan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asasi kepada
semua manusia tanpa membezakan bangsa, jantina, bahasa atau agama.

Dalam perkara 55 dan 56, negara anggota berikrar untuk mengambil tindakan bersama dan berasingan bagi mencapai maksud penghormatan sejagat, serta pematuhan hak dan kebebasan asasi bagi semua manusia. Walau bagaimanapun, ikrar tersebut lemah kerana piagam (PBB) tidak menyenaraikan hak asasi manusia yang perlu dihormati oleh negara.

ASEAN merupakan suatu organisasi internasional yang terdapat di Asia Tenggara, yang memiliki sepuluh negara anggota dan memiliki tujuan untuk menciptakan keseimbangan keamanan di sesuatu kawasan. Seluruh negara anggota ASEAN meskipun memiliki banyak kesamaan dalam sejarah, kebudayaan, tujuan-tujuan dan lain-lain, namun masih berbeza antara satu sama lain. Dalam menyuarakan hak asasi manusia etnik Rohingya dalam kejadian Pada tahun 1974 perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan Myanmar dan akta Imigresen 1974 di dalamnya telah menafikan secara jelas hak orang Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah dan mereka dilabelkan sebagai PATI.

Justeru kesan daripada undang-undang yang digubal oleh rejim Myanmar telah disusuli oleh suatu operasi besar-besaran yang dinamakan Naga Min atau Raja Naga pada tahun 1977. Operasi yang
dianggap kejam ini telah memaksa orang Rohingya menjadi pelarian dan mereka secara
beramai-ramai telah lari meninggalkan kampung halaman ke tempat yang difikirkan selamat dan
dekat.

Dianggarkan kira-kira seramai 200,000 orang Rohingya telah lari beramai-ramai ke
Bangladesh pada tahun 1978. Setelah berada di sana selama 16 bulan, kebanyakkan orang
Rohingya dipaksa pulang semula ke tempat asal mereka di Myanmar iaitu kesan daripada
perjanjian dua hala oleh kerajaan Bangladesh dengan kerajaan Myanmar.

Dalam tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang telah mati majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit. Walau bagaimanapun, gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh seramai 250,000 orang telah berlaku sekitar
pertengahan tahun 1991 hingga awal 1992 disebabkan berlakunya pencabulan hak asasi
manusia ke atas mereka di samping undang-undang Myanmar yang menjadikan mereka
pendatang haram di bumi sendiri telah menyebabkan mereka dalam situasi tidak mempunyai
kerakyatan.

Undang-undang kewarganegaraan Burma 1982 yang digubal dikatakan telah menggugat
asas-asas dalam prinsip undang-undang Antarabangsa yang menjadikan sesebuah bangsa
berada dalam situasi tidak mempunyai kerakyatan dalam sebuah negara. Undang-undang yang
bersifat diskriminasi ini juga memaksa orang Rohingya mengemukakan bukti yang mereka telah
menduduki Rakhine sebelum tahun 1823 lagi. Rejim junta yang menggunakan gelaran The State
Peace and Development Council (SPDC) telah menolak bangsa Rohingya sebagai salah satu
etnik dalam masyarakat Myanmar (Maung Maung 1961: 94-96).

Dalam hal ini negara-negara asean harus mengambil isu ini sebagai hal yang terpenting kerana melibatkan hak asasi manusia yang melibatkan golongan etnik Rohingya di Myanmar. Kekejaman yang dilakukan harus dibincangkan di dalam negara asean supaya tindakan sebegini dapat diselesaikan dengan aman dan tanpa berlakunya krisis antara negara asean sendiri.

Peranan Negara-negara ASEAN menangani isu Rohingya

ASEAN sebagai organisasi kawasan di Asia Tenggara telah banyak memainkan peranan penting dalam mewujudkan proses demokratisasi bagi negara-negara anggotanya.

Hal ini kerana, dapat dilihat dalam menangani isu di Myanmar. Rezim militer yang telah berkembang di Myanmar sejak tahun 1988 telah menimbulkan aksi protes dan menelan korban ribuan nyawa tidak berdosa. Dunia internasional dengan keras mengutuk pemerintah Myanmar dengan memberlakukan sederet sanksi untuk menekan pemerintah Myanmar.

Prinsip non-interference yang dijunjung ASEAN lebih menekankan pada pendekatan diplomatik dan kekeluargaan. Pada pertemuan ASEAN ke 42 di Thailand, Pendana Menteri Thailand menekankan bahawa pendekatan soft way (ASEAN way) lebih produktif daripada memberikan tindakan kepada Myanmar.

Pendekatan ASEAN way lebih menitikberatkan pada proses meyakinkan pemerintah berkuasa Myanmar bahawa ASEAN akan terus mendukung langkah-langkah strategis yang diperlukan untuk
menekan angka kekerasan yang terjadi di Myanmar.

ASEAN sendiri lebih menempatkan diri sebagai arena/forum untuk membincangkan masalah-masalah yang terjadi dan bukan sebagai aktor utama yang berhak melakukan tindakan kepada negara anggotanya. Salah satu upaya ASEAN adalah menggelar The ASEAN Inter- Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC), komisi khusus yang dibentuk untuk menangani isu Myanmar.

Pada pertemuan di Bali, AIPMC menghimbau Presiden Myanmar Thein Sein untuk melanjutkan tugasnya memajukan proses demokratisasi dan penegakan Hak Asasi Manusia di Myanmar. Hal ini menunjukan, negara anggota asean tidak mendiamkan diri dalam kejadian yang berlaku terhadap etnik Rohingya malah perkara ini akan dibincangkan dalam pertemuan khas Asean.

Peranan Negara Indonesia

Antara peranan Indonesia dalam menangani isu yang berlaku terhadap etnik Rohingya ialah pada
atribut ideologis Indonesia tertulis dalam pembukaan UUD 1945 iaitu pancasila yang merupakan
pencerminan cita-cita bangsa yang harus dipatuhi secara setia serta tidak boleh menyimpang
dari pancasila tersebut. Politik Luar Negeri Indonesia yang bebas dan aktif berupaya melakukan
penyelesaian terhadap permasalahan yang berkaitan dengan etnik Rohingya, baik melalui PBB,
ASEAN, dan OKI.

Diantara upaya Indonesia dalam penyelesaian konflik Rohingya adalah
menerima kedatangan etnik Rohingya, bekerjasama dengan OKI dalam membantu penyelesaian
konflik Rohingya, menjadi pelopor pembahasan konflik Rohingya pada forum KTT ASEAN,
menunjuk Jusuf Kalla menjadi Special Envoy, menunjuk PMI sebagai lembaga yang mengatur
bantuan bagi etnik Rohingya, memberikan bantuan 1 Juta Dollat AS, memberikan bantuan
kepada Pemerintah Myanmar dengan metode Sharing of expertice dengan menfasilitasi
kunjungan delegasi Myanmar ke Aceh, dan sumbangan dalam memajukan ekonomi Myanmar
dengan mengirimkan badan usaha milik negara (BUMN) Indonesia untuk melabur di Myanmar,
serta membentuk Blue Books on Indonesia-Myanmar Capacity Building Partnership (Ardani,
2015).

Hal ini menunjukan, negara Indonesia memberi peranan penting dalam menangani
masalah yang berlaku terhadap etnik Rohingya malah negara Indonesia tidak bersikap
pentingkan diri dalam menangani isu yang berlaku terhadap negara asean sendiri.

Peranan Negara Malaysia, Thailand dan Indonesia

Antara peranan yang diberikan oleh ketiga buah negara ini ialah pertemuan antara Indonesia,
Malaysia dan Thailand untuk mengambil sikap mengenai beberapa pelarian Rohingya yang ada
di wilayah masing-masing negara tersebut. Malaysia dan Indonesia menyatakan untuk
membantu menampung pelarian Rohingya untuk setahun. Malaysia dan Indonesia menyatakan
bersedia untuk menerima pelarian Rohingya yang terbiar di tengah laut di daerah perairannya.

Hal itu disampaikan oleh Menteri luar negeri kedua negara setelah melakukan konsultasi dengan
menlu Thailand di Putrajaya, Malaysia. Malaysia dan Indonesia juga bersedia membangun
tempat penampungan sementara untuk satu tahun bagi para pelarian Rohingya.
Kedua negara ini juga menjemput negara-negara lain untuk bergabung dalam hal ini.

Perwakilan Lembaga bantuan PBB, UNHCR di jenewa menyatakan Hasrat baik niat Malaysia
dan Indonesia. Para pelarian Rohingya harus secepatnya dibawa ke darat dan mendapat rawatan
tanpa menunggu lagi. Indonesia dan Malaysia menyatakan akan menjamin nasib lebih 7000
orang yang masih terkandas di sekitar selat Melaka. Tapi bekas Menteri luar Malaysia Anifah
Aman menyatakan, hanya akan menerima pelarian Rohingya yang terkandas di tengah laut, dan
tidak berniat untuk menerima pelarian yang baru dari Myanmar.

Oleh itu, pertemuan yang dibuat untuk mengambil Langkah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku terhadap etnik Rohingya memberi kesan yang positif kepada negara asean. Hal ini menunjukan sifat Kerjasama yang ditunjukan dalam beberapa buah negara asean dalam menangani isu ini memberi impak yang positif untuk diperlihatkan oleh negara-negara yang lain.

Kesimpulanya, etnik Rohingya merupakan etnik yang paling teraniaya di Asia Tenggara. Hal ini
demikian kerana mereka tidak diberi hak-hak asasi kemanusian seperti pengiktirafan
kewarganegaraan, status identiti yang sah oleh kerajaan Myanmar dan tiada pembelaan daripada
negara luar untuk melindungi mereka agar terus mendapat hak kemanusiaan. Aktiviti
pembasmian etnik ini seolah-olah berkesinambungan dari abad ke abad sehingga kini. Walau bagaimanapun, dapat dinyatakan di sini juga bahawa faktor agama turut menjadi punca kepada
penderitaan etnik ini.

Selain itu, kaum ini juga dikatakan tidak memberi sumbangan kepada
perkembangan ekonomi Myanmar. Ketiadaan identiti dan dokumen pengenalan diri
menyebabkan mereka ditolak daripada Myanmar dan hal ini juga merupakan salah satu agenda
utama kerajaan tersebut untuk membuang terus etnik ini dari bumi Myanmar.

Pelbagai kekejaman dan penindasan yang menimpa etnik ini dari sekitar tahun 1784 sehingga sekarang mereka terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri iaitu hampir 230 tahun. Hal ini turut memberi kesan buruk kepada ekonomi, sosial apaatah lagi politik mereka.

Penderitaan ini menyebabkan mereka mencari tempat kawasan perlindungan lain dengan berhijrah ke negara jiran tetapi mereka turut diusir dari negara tersebut dengan penuh kezaliman. Masalah orang-orang Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia.

Oleh itu, sesetengah negara yang berperanan menyelesaikan isu ini haruslah diteruskan kerana negara sebegini patut dicontohi kepada semua pihak supaya negara lain dapat mengambil peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan kezaliman yang dilakukan mereka adalah tidak berperikemanusiaan.

Perkongsian penulisan dari saudara Muhamad Solihin bin Ariffin untuk pembacaan:
(Rencana Krisis rohingnya dari Perspektif ASEAN)
HGM3033 Geografi Penduduk
semester 4
Universiti Pendidikan Sultan Idris

(Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Pendidik2u).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here