Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.
![]() |
Gotong Royong |
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Muat Turun Contoh Kertas Kerja Gotong Royong Program 3K.