Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19
pada petang ini yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah
membincangkan secara mendalam situasi semasa penularan jangkitan
COVID-19.

Mesyuarat meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia
berhubung status terkini kes COVID-19 termasuk kadar kebolehjangkitan,
kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal
penularan jangkitan COVID-19.

Selain itu, Sidang Khas juga membincangkan status pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa
untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021. Prosedur Operasi
Standard (SOP) bagi PKP 3.0 telah diperketatkan termasuk larangan
rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan
rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Kenyataan Media PMO - Keputusan Sidang Khas MKN 21 Mei 2021

Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan
kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar
kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan
lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.

Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam Sidang Khas pada
hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan
PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang
lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Sidang Khas ini turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira
situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka
terhadap usaha untuk mengekang penularan COVID-19.

Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang
media Menteri Kanan Pertahanan pada 22 Mei 2021.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
21 MEI 2021