Home info KENYATAAN MEDIA PERDANA MENTERI PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK SEHINGGA ENAM (6)...

KENYATAAN MEDIA PERDANA MENTERI PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK SEHINGGA ENAM (6) BULAN

47
0

KENYATAAN MEDIA PERDANA MENTERI PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK SEHINGGA ENAM (6) BULAN DAN PENYUSUNAN SEMULA BAKI KAD KREDIT SERTA PINJAMAN KORPORAT DENGAN JUMLAH MANFAAT BERNILAI SEKURANG-KURANGNYA RM100 BILION KEPADA PEMINJAM

Kerajaan pada hari ini sentiasa mendengar permintaan dan denyut nadi rakyat. Saya sedar bahawa impak wabak Covid-19 ini bukan hanya menimbulkan keresahan dari segi kesihatan dan kesejahteraan, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan ini juga menimbulkan keresahan rakyat dari segi kewangan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Rakyat pelbagai lapisan sama ada usahawan, petani, nelayan, pekerja harian tertanya-tanya akan kedudukan ekonomi mereka.

Antara perkara utama yang menimbulkan keresahan ini ialah pembayaran balik pinjaman bank, baik dari segi peminjam persendirian mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak ini.

Justeru, sukacita saya umumkan pada hari ini, setelah mengadakan beberapa sessi perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa:

1. Bermula 1 April 2020, bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam (6) bulan kepada peminjam-peminjam individu dan PKS di masa yang amat mencabar ini.

2. Pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka. Fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh dimanfaatkan oleh peminjam dari 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

3. Sektor korporat boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka. Ini adalah penting untuk membolehkan syarikat-syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing.

Semua langkah-langkah penangguhan bayaran balik pinjaman, penyusunan baki kad kredit dan penstrukturan semula pinjaman perniagaan melibatkan jumlah nilai sekurang-kurangnya RM100 billion. Ini merupakan satu jumlah yang amat bermakna, dan saya amat berterima kasih di atas keperihatinan Kementerian Kewangan, BNM serta industri perbankan Malaysia.

Seperti yang saya umumkan tempoh hari selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kerajaan sedang mengkaji pelbagai cara untuk mengurangkan beban rakyat dan satu lagi pelan rangsangan ekonomi akan dilancarkan tidak lama lagi yang lebih komprehensif dan bermakna demi rakyat dan ekonomi negara.

Saya telahpun meminta Kementerian Kewangan dan BNM untuk memperincikan pengumuman ini dengan lebih mendalam agar rakyat memahami sepenuhnya manfaat yang dtawarkan.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

25 March 2020

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here