Home info Kenyataan Media Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Kenyataan Media Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

82
0

Kenyataan Media
Menteri Pendidikan Malaysia
8 Disember 2022

Pendidikan merupakan satu wadah utama bagi menyerlahkan potensi individu sekali gus melahirkan insan yang berilmu, bertanggungjawab dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan ummah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Saya menyedari bahawa amanah dan harapan yang amat besar menanti saya apabila dilantik sebagai teraju utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kesedaran dan keyakinan ini mendorong saya untuk memulakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan bagi menekuni status dan tahap kemajuan semasa pada peringkat Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), serta kementerian secara keseluruhan.

Saya turut meluangkan masa dengan pengetua serta guru besar (PGB) di sekolah dan para guru yang merupakan barisan pertahanan pendidikan pertama negara dalam menjayakan misi membina legasi pendidikan manusiawi.

Gabungan pendekatan atas-ke-bawah (top-down) dan bawah-ke-atas (bottom-up) ini memberikan input dan akan menjadi pendekatan utama dalam mentadbir kementerian berlandaskan semangat dan roh yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan sesi interaksi awal yang berlangsung dalam minggu ini, saya cukup yakin dengan kemampuan, bakat dan kesungguhan jentera KPM yang melaksana dan menggubal dasar-dasar kementerian dan akan bersama-sama saya memikul amanah dalam melakar era baharu sektor pendidikan negara.

Sumber:

YB FADHLINA SIDEK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here