Jabatan Akauntan Negara telah pun mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji 2020. Tarikh Gaji Kerajaan ini dapat membantu Penjawat Awam khususnya dalam merancang penggunaan kewangan bagi sepanjang tahun.

Butiran Pekeliling:
Nama Pekeliling: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019

Tajuk: Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2020

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tarikh pembayaran gaji dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/ Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

BULAN TARIKH HARI CATATAN
Januari 16.01.2020 Khamis Tahun Baru Cina
25 & 26 Januari (Sabtu & Ahad)
Februari 24.02.2020 Isnin  
Mac 25.03.2020 Rabu  
April 23.04.2020 Khamis  
Mei 14.05.2020 Khamis Hari Raya Puasa
24 & 25 Mei 2020 (Ahad & Isnin)
Hari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2020 (Sabtu & Ahad)
Jun 22.06.2020 Isnin Hari Gawai
1 & 2  Jun 2020 (Isnin & Selasa)
Julai 23.07.2020 Khamis Hari Raya Haji
31 Julai & 1 Ogos 2020 (Jumaat & Sabtu)
Ogos 25.08.2020 Selasa  
September 24.09.2020 Khamis  
Oktober 26.10.2020 Isnin  
November 25.11.2020 Rabu Hari Deepavali
14 November 2020 (Sabtu)
Disember 17.12.2020 Khamis Hari Krismas
25 Disember 2020

Berdasarkan jadual yang telah dikeluarkan oleh ANM ini, terdapat 3 tarikh yang lebih awal dari biasa iaitu pada bulan Januari, Mei dan Disember.

Selain itu terdapat juga tarikh yang agak janggal iaitu pada bulan Oktober, kenapa tarikh gaji 26 Oktober, sedangkan kebiasaannya ialah 25 hari bulan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Peraturan Pembayaran Gaji
Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew. 320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.

Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui baucer bayaran berasingan bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian/ Pengarah JANM Negeri/ Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

Pekeliling Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2020 boleh dimuat turun di: Jadual Gaji 2020.

Boleh Simpan Tarikh Pembayaran Gaji di Atas

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu rakan-rakan khususnya pekerja kerajaan dalam mengurus kewangan dan perbelanjaan diri, keluarga dan isi rumah.