Home info Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Menguntungkan

Idea Perniagaan Dari Rumah Yang Menguntungkan

2
0

Menjalankan perniagaan dari rumah adalah antara idaman semua orang. Ini kerana ramai yang menganggap bahawa menjalankan perniagaan dari rumah mempunyai masa yang lebih fleksibel dan juga mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga.

Fakta ini sebenarnya kurang tepat kerana menjalankan perniagaan dari rumah juga memerlukan disiplin yang tinggi sekiranya ingin perniagaan tersebut berkembang maju.

Perniagaan dari rumah juga boleh dilakukan secara sambilan untuk menambah pendapatan. Inilah yang ramai lakukan pada zaman sekarang kerana desakan ekonomi dan juga kerana kenaikan harga barang.

Terdapat pelbagai idea perniagaan dari rumah yang boleh anda cuba.

  1. Perniagaan Bakeri

Sekiranya anda berminat dalam bidang bakeri, anda boleh mulakan perniagaan bakeri dari rumah. Perniagaan bakeri termasuklah perkhidmatan membuat kek, roti dan kuih muih lain.

  1. Door Gift

Satu lagi perniagaan yang boleh dimulakan dari rumah adalah perniagaan door gift. Kebanyakan majlis keramaian yang dijalankan kini pasti ada door gift. Oleh itu ini menandakan adanya permintaaan

  1. Perniagaan Printing

Tahukah anda bahawa anda boleh mulakan perniagaan printing baju tanpa anda mesin cetak anda sendiri? Anda boleh lakukannya dengan menjadi agen di laman web seperti Printcious. Apabila anda menjadi agen, anda boleh membeli dengan harga yang lebih murah dan juga boleh buat design baju anda sendiri.

  1. Dropship

Dropship adalah satu konsep perniagaan yang tidak memerlukan modal. Anda hanya perlu promosikan barang tersebut dan jual dengan harga yang anda tetapkan sendiri. Sekiranya ada pesanan daripada pelanggan, tempahan akan dibuat terus kepada pemilik brang tersebut dan barang akan dihantar terus kepada pelanggan. Dropship merupakan bisnes part time yang paling ramai dilakukan oleh suri rumah, boleh tengok sendiri di Facebook atau Instagram, kebanyakannya adalah dropship kepada syarikat-syarikat besar. Ada bisnes pakaian, alat elektronik, buku, barang hiasan dan sebagainya.

  1. Affiliate

Affiliate juga adalah salah satu peluang untuk berniaga di rumah. Affiliate menerima komisyen berdasarkan jualan yang dibuat. Komisyen ini biasanya telah ditetapkan oleh pemilik produk.  Terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai sama ada affiliate produk fizikal ataupun affiliate produk digital seperti ebook.

  1. Jual Topup

Satu lagi perniagaan yang boleh dijalankan di rumah adalah perniagaan menjual topup. Topup adalah satu keperluan dan terdapat permintaan yang tinggi. Anda hanya perlu menjadi agen topup di mana-mana syarikat seperti Payhere ataupun lain-lain syarikat untuk memulakan perniagaan ini.

  1. Penulis

Anda minat menulis? Apa kata jadikan penulisan itu sebagai sumber pendapatan. Jika anda berbakat dalam bidang penulisan kreatif, anda boleh usahakan menulis novel atau skrip. Jika anda suka penulisan jenis santai atau berinformasi maka anda boleh pilih untuk menjadi seorang blogger ataupun menjadi penulis jemputan berbayar di blog individu lain. Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan dengan menulis, boleh sertai team penulis Pendidik2u. Sila PM di m.me/pendidik2u

  1. Online Personal Shopper

Pernah dengar istilah ‘personal shopper’? Tugas seorang personal shopper bukan sahaja untuk membantu membuat pembelian tetapi juga untuk memberi khidmat nasihat dan cadangan kepada pelanggan yang ingin membuat pembelian. Kebiasaannya personal shopper ini akan dibayar upah untuk membantu membuat pembelian dan menghantar kepada pembeli sama ada melalui penghantaran terus ke rumah, atau secara pos. Selalunya orang akan gunakan khidmat personal shopper untuk membeli pakaian dan juga perabot

Itulah sebahagian daripada idea perniagaan atau bisnes yang boleh dilakukan di rumah.

Banyak lagi peluang yang boleh dimanfaatkan untuk buat duit dari rumah. Satu perkara yang perlu anda ingat adalah, kerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan  banyak masa, serta panduan yang betul untuk berjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here