Setelah pelbagai spekulasi dan permintaan dari guru-guru untuk memohon cuti sempena PRU ke 14. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui JPN setiap negeri telah mengeluarkan surat berkenaan hal ini.

Sebelum ini Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan hari Rabu 9 Mei 2018 sebagai cuti umum. Pengumuman ini diterima sebaiknya supaya rakyat dapat turun mengundi dengan selesa.

Minggu ini juga beberapa JPN negeri telah mengeluarkan surat terbaru bagi menyokong permohonan guru-guru yang mengundi di luar stesen bertugas untuk mengambil CRK pada hari Khamis 10 Hb Mei 2018.

Antara intipati surat adalah seperti berikut:

Guru Besar dan Pengetua boleh meluluskan permohonan guru yang mengundi di luar pada 8hb dan 10hb, dengan syarat meneliti maklumat tempat mengundi, supaya tidak mengambil kesempatan bercuti tetapi tidak mengundi.

Bagi sekolah-sekolah yang menjadi pusat mengundi, sekolah boleh mengambil cuti berganti pada hari sebelum pengundian 8hb Mei 2018. Sekiranya ramai guru yang tidak dapat bertugas pada hari selepas pengundian Khamis 10 Mei 2018, pihak sekolah juga dibenarkan memohon Cuti Berganti pada hari khamis tersebut.

Sebelum ini, Guru Besar dan Pengetua merasa bimbang sesi persekolahan akan tergendala pada 10 Mei kerana ramai yang ingin CRK pada hari Khamis.

Terdapat juga sekolah-sekolah yang membuat inisiatif lain seperti merancang program pada hari tersebut.

Semoga semua guru dapat pulang mengundi dengan selamat dan tenang. Pilihlah pimpinan yang selamat untuk dunia dan akhirat. Kerana kehidupan di dunia hanyalah sementara, akhirat itu selamanya.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u