Home info Guru Cadang Wujudkan Pertukaran Suka Sama Suka

Guru Cadang Wujudkan Pertukaran Suka Sama Suka

19
0
Setiap tahun guru-guru yang memohon pertukaran akan melalui detik yang mendebarkan, iaitu saat untuk menyemak keputusan egtukar. Egtukar dibuka 2 kali setahun iaitu sesi Jun dan sesi Jan. Permohonan sesi Jun dibuka pada April, manakala sesi Jan dibuka pada September.
Pada tahun 2015, bagi sesi Jun, buat pertama kalinya  pihak KPM menggunakan sistem Traffic Light di mana dengan adanya sistem ini para guru boleh melihat status kekosongan bagi setiap negeri atau daerah yang dipohon.
Jika lampu hijau itu bermakna ada kekosongan opsyen anda, jika merah bermakna tiada kekosongan. Kelulusan sesuatu permohonan adalah mengambil kira beberapa perkara utama iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan, dan keperluan opsyen.
Walaupun begitu, bermula pada tahun ini, pihak PPD/JPN semasa dan PPD/JPN dipohon menjadi pihak yang bertanggungjawab dalam memberi sokongan dan sekaligus menentukan kelulusan pertukaran. Manakala pihak KPM sebagai pembuat dasar dan pemantau serta mengesahkannya.

Egtukar 2015

Namun begitu keputusan pertukaran bagi sesi kali ini nampak sedikit “panas” apabila ramai yang tidak berjaya, ramai yang sangat kecewa, sehinggakan ada yang ingin berhenti dan cuti tanpa gaji. Manakan tidak, setiap orang ada tahap kesabarannya, jika duduk berjauhan dengan pasangan, ada masalah kesihatan mungkin terpaksa mengambil jalan keluar iaitu berhenti kerja..

Paling menyedihkan ada juga pasangan yang terpaksa bercerai, dimadukan dan ada juga diberi pilihan kata dua pilih kerjaya atau suami. Sudah pastilah kita tidak mahu semua ini berlaku.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Setiap tahun, bilangan guru akan bertambah, guru baharu yang ditempatkan juga meluas seluruh negara, maka mereka yang sudah berkahwin juga ramai, dan bila ada penempatan guru baru, terus berlaku guru berjauhan dengan pasangan, dan mereka ini juga akan turut sama memohon pertukaran.

Guru-guru juga terus berusaha untuk tinggal bersama pasangan, biarpun ada sebahagian guru yang mencari mereka yang ingin bertukar suka sama suka, namun inisiatif sendiri ini boleh dikatakan langsung tidak diambil kira oleh pihak berwajib.

Apa kata, KPM menilai semula pertukaran suka sama suka ini, jika sama opsyen, sama jenis sekolah mengapa tidak kita permudahkan urusan orang, mungkin nampak tidak sistematik, namun boleh diperbaiki lagi.

Kita juga sedia maklum, mana mungkin 16k permohonan, dan semuanya diluluskan. Untuk sesi Jun 2015 baru ni juga seramai 16296 permohonan diterima, dan hanya 554 guru SM dan 165 SR diluluskan pertukaran. Mungkin jumlah ini tidak termasuk yang berjaya dalam rayuan. Jadi berapa % sahaja yang berjaya bukan..dan apabila egtukar bulan 9 pula dibuka nanti, dijangka angka permohonan akan terus meningkat mungkin melebihi 20 ribu.

Apapun kita mengharapkan semua guru dipermudahkan urusan, mungkin tahun ini bukan rezeki, mungkin tahun depan, hanya kesabaran yang dapat membantu mereka dalam meneruskan perjuangan sebagai  pendidik.

– Admin Pendidik2u

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here