Home info Graduan ISMP Mohon Diberi Penempatan

Graduan ISMP Mohon Diberi Penempatan

88
16

Selesaikan dulu isu graduan ISMP sebelum membuka ruang lain yang tidak berkaitan.

Surat terbuka warga Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada Menteri Pelajaran Malaysia.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Assalamualaikum YB Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pelajaran Malaysia.

Kami warga Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(ISMP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YB Dr. Maszlee kerana dilantik sebagai Menteri Pelajaran baru.

Diharapkan melalui perlantikan tersebut dapat merubah senario pendidikan negara ke arah lebih baik dan setaraf dengan pendidikan negara luar.

YB yang dikasihi,

Beberapa masalah memerlukan perhatian dari YB khususnya berkaitan dengan lambakan graduan yang belum dipostingkan. Isu yang melanda Graduan ISMP perlu diberi perhatian yang selama ini dipandang sepi. Antaranya:

1. Kami graduan yang telah berkonvokesyen pada tahun 2016, mengharapkan agar diluluskan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 sekaligus dipostingkan menjadi guru. Hakikatnya, bukan graduan daripada batch kami sahaja bahkan terdapat juga batch yang sudah berkonvokesyen sebelum kami yang belum dipanggil temuduga apatah lgi dipostingkan. Dapat dilihat seolah-olah hak kami dipertikaikan.

2. Pada september 2017 sebahagian daripada jumlah graduan ISMP telah dipanggil untuk temuduga. Malangnya ramai graduan ISMP yang digagalkan berbanding peratusan yang dilulus. Bila ditanya kepada pihak SPP, jawapan yang diberikan amat mendukacitakan.

3. Selain itu, pihak KPM sebelum ini memaklumkan bahawa peluang untuk posting tertakluk kepada kekosongan. Tetapi rata-rata semua sekolah meluahkan masalah kekurangan guru disekolah. Terutamanya guru mata pelajaran sejarah yang kritikal. Kedengaran seperti pelik tetapi benar.

4. Isu pengambilan guru daripada graduan bukan pendidikan seperti Interim , Teach For Malaysia dan program pendidikan lain. Pelaksanaanya perlu dikaji semula. Lambakan graduan pendidikan mampu memenuhi kekurangan guru di sekolah. Tindakan KPM membuka kuota untuk graduan bukan pendidikan seperti satu penganiayaian terhadap graduan pendidikan. Bukan menidakkan rezeki graduan lain, namun, utamakanlah kami graduan pendidikan yang sememangnya hak kami untuk dipostingkan menjadi guru.

5. Terdapat graduan pendidikan daripada opsyen tertentu tidak dipanggil temuduga akibat daripada keperluan opsyen mereka tidak diperlukan di sekolah, hakikatnya opsyen tersebut masih diperlukan. Pengajaran mengikut opsyen ini perlu disemak semula, agar guru yang mengajar dapat memenuhi keperluan pedagogi yang betul dalam subjek tersebut dan tidak berlaku kepincangan.

6. Kami juga ada dimaklumkan, antara faktor graduan tidak dipanggil temuduga adalah disebabkan sistem di Job Malaysia. Terdapat data graduan yang tercicir akibat tidak mengemas kini data. Kami amat berharap agar sistem online ini dapat diselenggarakan dgn lebih baik agar masalah seperti ini dapat diselesaikan.

7. Pada april 2018, sebahagian daripada graduan yang gagal pada temuduga 2017 yang lalu, telah dipanggil temuduga semula. Pada waktu ini, kami masih menunggu keputusan temuduga. Namun,kami khuatir jika pisang berbuah dua kali. Besar harapan kami tetapi besar lagi harapan ibubapa jika kali ini kami dipostingkan sepertimana sebilangan kecil rakan-rakan kami.

8. Kami bukanlah bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak berkaitan jauh sekali membuat provokasi ataupun tentangan, namun ini hanyalah suara kami yang mewakili sebahagian graduan untuk menyuarakan isu ini. Kepada siapakah lagi patut kami suarakan jika bukan kepada pihak yang bertanggungjawab. Kami hanya menuntut agar hak kami sebagai graduan pendidikan ditunaikan untuk menjawat jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41. Jika graduan pendidikan ini ditolak dimana-mana organisasi mahupun institusi lain, kemanakah harus dibawa pergi kelayakan ijazah sarjana muda pendidikan ini? Kalau bukan dibidang pendidikan itu sendiri.

Oleh itu, kami bermohon daripada pihak YB untuk mengambil perhatian berkaitan keputusan temuduga yang diadakan sebelum ini. Besar harapan kami agar diluluskan dan sekaligus berpeluang mendidik dan berbakti pada masyarakat.

Salam dari warga graduan ISMP

Artikel ini ditulis oleh Ahmad Fikri Nizammuddin Mamat di Facebook beliau.

Berikut dibuka Undian Untuk Lepasan ISMP

Graduan ISMP perlu diberi penempatan segera:

View Results

Loading ... Loading ...

(Apa yang ditulis adalah pendapat beliau, dan tidak semestinya ia pendirian Pendidik2u)

16 COMMENTS

  1. Assalamualaikum, saya berharap agar Surat ini diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ia merupakan suara hati lara pelajar ismp.

  2. diharapkan persaraan kepada guru juga dikaji supaya persaraan pada umur 55 atau 56 seterusnya memberi peluang kepada guru baru untuk menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa yang tercinta.

  3. -KURANGKAN/TIDAK MEMBUKA JURUSAN ISMP DI UA KEPADA PELAJAR BARU UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA GRADUAN ISMP POSTING TERLEBIH DAHULU
    -MANSUHKAN DPLI, UTAMAKAN GRADUAN ISMP POSTING

  4. Saya bersetuju penempatan guru sepatutnya didahulukan oleh graduan yang asalnya memang mempunyai ijazah dalam bidang pendidikan.. Hal ini demikian kerana apabila penempatan diberi kepada graduan yang bukan pendidikan peluang kami untuk ditempatkan disekolah amat tipis.

  5. Kami memohon agar isu ini diberi perhatian oleh YB.
    Saya amat menyokong penulisan artikel ini. Sememangnya, isu penempatan ISMP memberi impak yang mendalam kepada graduan yang belum diposting dan sangat berharap agar pihak yang berwajib mengambil langkah yang bijak dalam menanganinya isu ini.
    Saya dan graduan yang lain mengharap agar diberikan keutamaan untuk diposting terlebih dahulu sebelum mengutarakan idea baru yang boleh menggugat hak kami.
    Terima kasih.

  6. perlu tapisan yg ketat supaya lepasan ismp yg benar-benar berkualiti berada disekolah dan boleh berkhidmat..ismp bukan jaminan kualiti bg guru-guru baru.

  7. Postingkan graduan pendidikan yang telah ditemuduga pada april 2018 bagi menyelesaikan isu lambakan graduan pendidikan.

  8. Ssys bersetuju kerana ssya juga merupakan garduan 2017 ISMPV (elektrik Dan Elektronik) yang masih menunggu panggilan temuduga

  9. harap isu INI dapat diselesai oleh pihak kementerian.lambakan graduan pendidikan semakin banyak,kami memerlukan penempatan untuk mengajar anak-anak yang berbilang bangsa.saya mencadangkan agar umur pencen juga dikurangkan kepada 55 bagi memudahkan graduan mendapat tempat.sekian, terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here