Home info Gambar Speaker’s Corner Yang Cantik

Gambar Speaker’s Corner Yang Cantik

67
0
sudut pidato

Speaker’s Corner atau Sudut Pidato merupakan salah 1 daripada tempat yang perlu diwujudkan di Sekolah. Ia sebenarnya bukanlah perkara baru, bahkan setiap sekolah sebenarnya sudah pun mewujudkannya.

Cuma sejak kebelakangan ini, tempat ini sekadar ada sahaja, tiada apa-apa aktiviti berupa Pidato, Syarahan atau Pengucapan Awam. Tempat yang cantik tetapi tidak dimanfaatkan amatlah merugikan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

speaker corner

Selepas perubahan pentadbiran di peringkat pusat, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Menteri Pendidikan baru iaitu Dr. Maszlee Malik telah mengutarakan semula hal ini. Beliau mahukan Speaker’s Corner ‘digerakkan’ fungsinya.

Ia bukan sahaja terhad di peringkat Universiti, malah perlu bermula di bangku sekolah. Ramai murid yang berminat dengan pengucapan awam, bakat yang ada perlulah dicungkil dan digilap sejak kecil lagi.

Hal ini juga disokong oleh Menteri Belia dan Sukan YB. Syed Saddiq dalam wawancara MHI TV3 bulan lepas. Anak muda seharusnya mempertingkatkan kemahiran kendiri masing-masing, bukan sahaja perlu bersaing di peringkat sekolah atau Universiti, mereka akan menggunakan kemahiran “Softskill” ini apabila berada di alam pekerjaan nanti.

Bagaimanakah bentuk Speaker’s Corner yang perlu dibuat? Sebenarnya speaker’s Corner bukanlah perlu dihias dengan terlalu banyak hiasan, sampaikan membebankan para guru untuk membuatnya, bahkan mungkin akan menelan belanja yang besar pula nanti.

Mungkin di peringkat Sekolah Rendah biasanya meletakkan pentas mini, dan dihiasi dengan tirai serta bunga hiasan. Manakala di peringkat Sekolah Menengah pula lebih bersifat santai, tidak terlalu sarat, ikut citarasa sekolah tersebut.

speaker corner sekolah

Di sini dihimpunkan beberapa contoh Speaker Corner yang cantik dan boleh dijadikan sebagai rujukan atau panduan.

KOLEKSI SPEAKER’S CORNER
CANTIK DI SEKOLAH

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2018/09/speakers-corner.pdf” title=”speaker’s corner”]

Anda juga boleh memuat turun fail PDF di atas untuk kesemua koleksi gambar. Terima Kasih kepada guru-guru yang telah menghantar gambar-gambar sekolah mereka untuk di kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.

Untuk yang inginkan versi jpeg, boleh convert fail PDF ke Jpeg tersebut, atau boleh save dari Facebook Pendidik2u

Semoga ia mampu memberi anda cetusan idea untuk membuat Sudut Pidato di sekolah anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here