Format Baharu UPSR Setaraf Negara Maju

    17
    0

    Beritah Harian 20 November 2016

    BANGI, 21 Safar 1438H, Isnin – Format baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bertujuan meletakkan Malaysia setaraf negara maju terutama dalam pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

    Beliau berkata, orang ramai khususnya ibu bapa perlu melihat dengan gambaran lebih besar bahawa pelaksanaan sistem baharu itu tidak lagi tertumpu kepada sasaran akademik semata-mata.

    “Dalam soal ini (pelaksanaan sistem PBS) sesetengah negara sudah buat lama seperti Jepun, Korea, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

    “Jadi penggunaan sistem baharu berasaskan PBS ini memberi gambaran sistem pendidikan kita semakin beralih ke satu tahap yang lebih tinggi,” katanya dipetik Berita Harian.

    Mengulas lanjut Mahdzir berkata, pihaknya menafikan dakwaan sesetengah pihak mengatakan calon UPSR tahun ini dijadikan bahan uji kaji oleh kementeriannya.
    “Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak diperkenalkan kepada murid Tahun Satu pada 2011,” katanya.

    Tahun ini, semua pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didedahkan dengan semua aspek mengenai format baharu peperiksaan itu sejak tahun 2011.

    UPSR yang dijalankan serentak di seluruh negara pada 5 hingga 8 September lalu mencatatkan keputusan kurang memberangsangkan, dengan hanya 1.11 peratus pelajar berjaya memperoleh keputusan semua A.

    Pencapaian keseluruhan dalam semua subjek juga rendah berbanding tahun lalu, berikutan format baharu yang dianggap punca utama menjejaskan prestasi semua calon.
    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here