ROMPIN – Dua orang maut selepas sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Bahau-Keratong, di sini hari ini.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi, bas ekspres tersebut membawa guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu untuk menyertai rombongan penanda aras.
Video di tempat kejadian:
https://www.facebook.com/share/v/VKeWjJZQTfpro1yE/?mibextid=oFDknk
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, setakat ini dua mangsa telah disahkan meninggal dunia.
“Saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut tetapi kemalangan ini melibatkan 30 hingga 40 orang di mana bas tersebut telah terbalik dan jatuh ke lereng bukit.
“Setakat ini dua orang telah disahkan meninggal dunia dan mangsa telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah,” katanya di sini hari ini.“Saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut tetapi ia melibatkan 30 hingga 40 orang yang mana bas telah terbalik dan jatuh ke lereng bukit.“Setakat ini dua orang disahkan meninggal dunia dan mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah,”katanya di sini hari ini.
Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), seramai 33 anggota dan tiga pegawai bomba bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut kenyataan tersebut, pihak bomba telah mengeluarkan semua mangsa dari dalam bas yang terjunam ke dalam cerun.