Home info Dr. Maszlee Malik Cadang Elaun Khas Untuk Guru Untuk Tempoh 6 Bulan

Dr. Maszlee Malik Cadang Elaun Khas Untuk Guru Untuk Tempoh 6 Bulan

55
0
elaun guru

Bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik dalam kenyataan di Facebook beliau telah memberi 5 CADANGAN BELANJAWAN 2021 UNTUK PENDIDIKAN

1. Elaun khas untuk semua guru untuk tempoh 6 bulan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Ketika PKP, guru terus mengajar walaupun di rumah. Elaun khas ini akan membantu meringankan beban guru yang terpaksa menambah baik ‘connectivity’ dan peralatan digital mereka di rumah. Ia juga akan membantu para guru merangka kurikulum yang lebih inovatif ketika pandemik COVID-19 ini berlaku, terutama apabila kaedah pedagogi arus perdana sudah tidak lagi sesuai.

2. Insentif khas kepada keluarga miskin yang menghantar anak ke sekolah.

Kajian UNICEF mendedahkan 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP dilaksanakan & sebilangan besar mereka yang hadir ke sekolah juga hilang semangat untuk belajar selepas PKP. Malah kajian gempa bumi di Pakistan pada 2005 mendedahkan, ketidakhadiran murid ke sekolah selama 14 minggu boleh menyebabkan anak-anak kehilangan pembelajaran seolah-olah 2 tahun lamanya. Insentif khas ini akan memastikan keluarga yang terjejas mampu menghantar anak-anak tersebut kembali ke dalam sistem pembelajaran mereka. Langkah ini akan menyelamatkan hampir 1.2 juta anak-anak seluruh negara.

3. Bantuan makanan berkhasiat kepada keluarga miskin yang mempunyai anak di sekolah.

Ketika PKP dilaksanakan, sekolah ditutup dan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang selama ini menjadi satu-satunya sumber makanan berkhasiat untuk anak-anak keluar B40 tidak dapat dilaksanakan. Jika ini berterusan, tumbesaran anak-anak yang selama ini bergantung kepada makanan berkhasiat di sekolah akan terganggu. Lebih dari 2.6 juta murid seluruh negara bergantung penuh kepada sumber makanan berkhasiat ini.

4. Geran khas pengusaha kantin sekolah & bantuan khusus pekerja kantin.

Di seluruh negara, banyak pengusaha kantin sekolah yang terjejas akibat sekolah yang harus ditutup akibat PKP. Geran khas ini akan membantu pengusaha yang terjejas untuk memulakan semula operasi apabila sekolah dibuka semula nanti. Manakala bantuan khusus pekerja kantin pula akan membantu pekerja kantin yang terlibat kerana kebanyakannya tidak boleh memohon skim upah pekerja sedia ada. Lebih dari 70,000 pekerja kantin seluruh negara dapat diselamatkan melalui bantuan khusus ini.

5. Geran khas IPTA untuk hasilkan bahan kualiti pengajaran & pembelajaran dalam talian

Kekangan para pensyarah hari ini adalah bahan pengajaran berkualiti untuk kegunaan pembelajaran dalam talian. Geran ini membolehkan para pensyarah membangunkan bahan berkualiti melalui kerjasama swasta & Universiti terkemuka di luar. Pembinaan bahan pengajaran berkualiti akan membantu lebih dari 35,000 para pensyarah di seluruh negara mengajar dengan lebih berkesan terutamanya ketika PKP.

YB DR MASZLEE MALIK
3 NOVEMBER 2020

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here