SOALAN : PERINTAH AM
Situasi: Anak kepada seorang kakitangan awam Gred DG41 yang bertugas di Sabah telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor pakar di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Berdasarkan situasi di atas terdapat beberapa kelayakan yang boleh dituntut oleh kakitangan tersebut yang mana telah di jelaskan di dalam Perintah Am Bab B, C dan juga F. Kelayakan tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor dan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti mana yang telah ditetapkan mengikut prosedur tertentu.
Mengikut situasi ini, anak kakitangan awam tersebut layak untuk mendapat keistimewaan seperti penjaganya. Ini dijelaskan di dalam Perintah Am Bab F (Perubatan)
I. Rawatan Perubatan Untuk Pegawai-pegawai
F2 Pegawai dan keluarga mendapat rawatan dan perubatan percuma termasuk alat ortopedik, tidak termasuk gigi palsu, kemudahan perubatan Pekeliling Perkhidmatan Bil 4/2001.
Di dalam situasi di atas juga menerangkan bahawa anaknya perlu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di mana ia terletak di luar negeri tempat penjaganya bertugas. Di dalam Perintah Am Bab F F3 menjelaskan bahawa:
F3 Rawatan mesti diperolehi di hospital yang berhampiran dengan tempat kerja.
– jika di sahkan oleh pegawai perubatan di tempatnya itu yang ia memerlukan rawatan di hospital tempat lain maka ia bolehlah membuat tuntutan seperti di Bab ‘B’ seolah-olah menjalankan urusan rasmi. Jika atas kehendak pegawai sendiri, tidak boleh buat tuntutan.
Selain itu, pegawai dan keluarga yang disahkan oleh Lembaga Perubatan memerlukan rawatan khas di luar negeri dan diperakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan bahawa tidak ada rawatan sedemikian seperti di IJN boleh ditimbangkan untuk diberi rawatan di atas perbelanjaan kerajaan. Ia hendaklah diluluskan oleh beberapa orang pegawai iaitu Ketua Setiausaha Negara, KSU Perbendaharaan, Ketua Pengarah JPA dan Ketua Pengarah Kesihatan sepertimana termaktub di dalam Perintah Am F7.
Disebabkan kakitangan tersebut memerlukan rawatan di luar negeri, maka dia boleh membuat tuntutan seperti di Bab ‘B’, seolah-olah menjalankan urusan rasmi. Antara tuntutan di bab B adalah seperti:
i) Elaun makan dan elaun harian
Seperti mana dijelaskan bahawa seorang pegawai yang meninggalkan tempat bertugas rasmi pada pukul 6.00 petang atau selepasnya layak menuntut elaun makan.
ii) Bayaran sewa hotel
Dia juga layak menuntut bayaran sewa hotel seperti mana dijelaskan di dalam Perintah Am B. Seseorang pegawai layak menuntut bayaran sewa hotel atas kadar sebenar seperti berikut:
Gred Utama/Khas “A” dan ke atas – Bilik suite biasa.
Pegawai selain daripada di atas – Bilik biasa.
iii) Belanja pelbagai
Seseorang pegawai layak menuntut belanja pelbagai seperti berikut:
a) Tambang pengangkutan awam jika kenderaan tidak disediakan.
b) Belanja dobi yang disokong dengan resit.
Selain itu, dia juga boleh menuntut perkara di dalam Perintah Am Bab C iaitu dalam bahagian cuti. Cuti di sini bermaksud sebarang tempoh seorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
Di dalam situasi ini juga kakitangan tersebut layak untuk memohon cuti rehat, ini kerana cuti rehat boleh diambil pada bila-bila masa dalam tahun tersebut dan boleh bercuti apabila ketua jabatan telah meluluskan. Bagi dia sebagai kakitangan kerajaan gred DG41 kadar cuti rehatnya adalah 30 hari setahun jika kurang dari 10 tahun dan 35 jika genap 10 tahun. Seperti penetapan kelayakan cuti rehat mengikut pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002.
Selain itu juga, di dalam Perintah Am Bab F Perubatan menjelaskan mengenai bayaran peraturan wad, rawatan dan ubat-ubat didapati percuma dari hospital atau klinik kerajaan tetapi jika ia dimasukkan ke hospital akan dikenakan bayaran wad.
Kelayakan dan Kadar Bayaran Wad adalah seperti berikut:
Kumpulan/Gred
|
Kelayakan Wad
|
Bayaran Wad Sehari
|
Pengurusan Tertinggi
|
Kelas 1 Bilik Seorang
|
RM 10.00
|
45-54
|
Kelas 1 Bilik Seorang
|
RM 10.00
|
31-44
|
Kelas 1 Bilik Berdua
|
RM 8.00
|
21-30
|
Kelas 1 Bilik Bertiga
|
RM 6.00
|
1-20
|
Kelas 2
|
RM 3.00
|
Mengikut peraturan di dalam Perintah Am F juga, kelayakan keluarga pegawai adalah sama seperti kelayakan pegawai. Kaedah pengiraan adalah seperti berikut:
Kaedah Bayaran wad dikira dari jam kemasukan dalam hospital.
i) Melebihi 12 jam sebahagiannya dikira sebagai 1 hari.
ii) Baki hari yang kurang 12 jam tidak akan dikira.
Masa yang kurang daripada 1 jam tetapi telah diberi rawatan dan makan boleh dikenakan bayaran wad atas budi bicara pegawai perubatan. Pegawai dan keluarga juga boleh meminta untuk dimasukkan ke wad yang lebih tinggi daripada kelayakannya tetapi dikenakan bayaran seperti orang ramai. Walau bagaimanapun rawatan dan perubatan masih percuma.
Selain itu, sekiranya anak kakitangan tersebut masih dalam kategori murid (tidak lebih dari tingkatan maka ia adalah percuma dengan adanya surat pengenalan dari Guru Besar. Bayaran bil hospital boleh dibayar secara tunai ataupun potongan gaji, bil juga akan dikeluarkan apabila pesakit keluar daripada hospital. Bil juga boleh dibayar bulanan atas kelulusan daripada Pegawai Perubatan.
Sumbangan Ikhlas dari pendidik2u:
JANGAN LUPA UNTUK LIKE ARIESYA COLLECTION