Sesi persekolahan secara berperingkat sudah mula berjalan mengikut jadual berdasarkan Fasa Pemulihan Negara yang sedang berlangsung.
Di samping kita beralih ke fasa endemik, ibubapa dan guru yang ingin mendapat kepastian bahawa kadar vaksinasi di sekolah-sekolah. Untuk menyakinkan ibubapa, KPM dan KKM telah bekerjasama untuk menerbitkan data vaksinasi di peringkat sekolah.
Data ini akan menunjukkan berapa peratus yang telah menerima suntikan vaksin dari kalangan staf dan juga pelajar sekolah.
Untuk menyemaknya anda boleh membuat semakan di https://covidnow.moh.gov.my/school
Berdasarkan semakan secara rawak kebanyakan staf telah menerima 2 dos lengkap, dan terdapat juga sekolah yang telah mencapai 100% lengkap divaksin bagi kalangan staf.
Vaksinasi Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan
Pekerja Perkhidmatan Sokongan
Vaksinasi merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi masyarakat daripada jangkitan COVID-19. Sejajar dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan PPN, KPM sentiasa berusaha untuk memastikan seluruh warga sekolah mengambil vaksin bagi mewujudkan kelompok komuniti sekolah yang selamat dan sihat.
Pembukaan semula sekolah dalam PPN adalah tertakluk kepada ketetapan KPM berdasarkan
penilaian risiko, nasihat dan pandangan KKM dan MKN.
Kehadiran murid ke sekolah adalah pada kadar 50% daripada enrolmen keseluruhan.
Kapasiti murid setiap kelas dihadkan kepada 50% daripada jumlah murid dalam kelas tersebut dan murid hadir secara penggiliran minggu.
Bagi Sekolah Kurang Murid (<150 murid), kehadiran murid adalah secara bersemuka tanpa penggiliran berdasarkan kumpulan yang hadir mengikut fasa PPN.