Buku Panduan Solat Tarawih Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan, penuh rahmat dan keampunan. Peluang yang ada di dalam bulan Ramadan ini hendaklah kita rebut dengan melaksanakan ibadah puasa sebaiknya, solat terawih, membaca Al-Quran, bersedekah, memberi makanan kepada orang berpuasa dan sebagainya.
Solat Sunat Tarawih atau terawih dilakukan pada bulan Ramadan, kebiasaannya dilaksanakan di masjid secara berjemaah. Ada yang buat 8 Rakaat ada 20 rakaat, kedua-duanya boleh dilakukan.
Mungkin di kalangan kita sudah biasa mengerjakan solat ini setiap tahun, cara-cara mengerjakan solat tarawih pun sudah tahu. Namun begitu, kita juga ingin mengetahui kaedah solat tarawih yang afdal untuk kita lakukan.
Pihak Jakim telah mengeluarkan Buku Panduan Solat Terawih yang boleh anda jadikan rujukan.
Muat Turun: Buku Panduan Solat Tarawih Jakim
Semoga Buku Panduan Solat Tarawih ini dapat membantu anda memahami dan melaksanakan ibadah Solat Terawih dengan lebih baik.
Semoga kita dapat menjadikan Bulan Ramadan ini sebagai ‘sekolah’ untuk kita melatih diri menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa.
Sumber Buku: JAKIM