Kerajaan setuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang Parlimen hari ini.
Pemberian RM150 tanpa mengikut had gaji penjaga ini sama seperti yang telah dibentang oleh Tengku Zafrul sebelum ini.
Kaedah ini lebih memudahkan guru-guru kerana tidak perlu menyemak gaji penjaga satu persatu seperti sebelum ini.









