Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) juga telah melancarkan Aplikasi MyMobile SPP, sebuah aplikasi android yang menyediakan perkhidmatan bagi memudahkan pengguna untuk membuat capaian semakan terhadap perkhidmatan yang diberikan secara pantas dan effisen di smartphone anda.
4 Semakan yang boleh dibuat melalui aplikasi ini iaitu:
- Modul Semakan Status Permohonan
- Modul Semakan Panggilan Temuduga
- Modul Semakan Keputusan Temuduga
- Modul Semakan Urusan Perkhidmatan

- Modul Semakan Status Permohonan
Memberi kemudahan kepada calon guru dan calon bukan guru menyemak status permohonan. Calon hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Sekiranya permohonan berjaya didaftarkan di SPP, pemohon akan dimaklumkan permohonan telah berjaya dan memaparkan jawatan yang dipohon. - Modul Semakan Panggilan Temuduga
Memberi kemudahan kepada calon guru dan calon bukan guru menyemak status panggilan temuduga. Calon hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Sekiranya permohonan berjaya, pemohon akan dimaklumkan tarikh dan tempat temuduga yang akan dijalankan. - Modul Semakan Keputusan Temuduga
Memberi kemudahan kepada calon guru dan calon bukan guru menyemak status keputusan temuduga yang telah dihadiri. Calon hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan untuk membuat semakan dan sekiranya berjaya, calon perlu mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Borang PSTT hendaklah dihantar kepada SPP. - Modul Semakan Urusan Perkhidmatan.
Memberi kemudahan kepada Anggota Perkhidmatan Pendidikan menyemak urusan perkhidmatan seperti berikut:
– Pengesahan Pelantikan Tetap;
– Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
– Pemberian Taraf Berpencen; dan
– Pelanjutan Tempoh Percubaan.
Muat turun aplikasi ini di: MyMobile SPP
Aplikasi ini merupakan aplikasi rasmi daripada SPP sendiri, kepada yang belum lagi install aplikasi ini, bolehlah memuat turunnya di Playstore masing-masing. Semoga info dan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.










[…] Muat turun aplikasi ini di: MyMobile SPP […]