Home info 10 aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak semasa cuti di rumah

10 aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak semasa cuti di rumah

47
0
AKTIVITI SEMASA PKP

Memandangkan tempoh perintah kawalan pergerakan masih lagi dilanjutkan ramai yang bertanya apakah aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama anak-anak.

Ibu bapa juga cukup bimbang apabila anak-anak hanya fokus kepada gajet dan televisyen sahaja sehingga mungkin akan menyebabkan kesan yang buruk kepada otak dan emosi mereka.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan di rumah yang mampu menarik minat mereka agar kembali aktif tetapi dalam masa yang sama kekal berada di rumah (Stay at Home).

Di sini disenaraikan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan Bersama ibu bapa di rumah sepanjang tempoh PKP ini:

  1. Bercucuk tanam: Aktiviti ini pasti menarik minat mereka, terutamanya anak-anak kecil di sekolah rendah, tanaman pokok-pokok kecil seperti cili, kunyit, kangkong, bayam brazil, bawang, serai, kacang Panjang dan banyak lagi. Mereka pasti teruja, mahu melihat tumbuhan yang mereka tanam akan tumbuh sepanjang tempoh PKP ini.
  2. Mengemas bilik-bilik: Masa yang terluang seharusnya digunakan sebaiknya, apa kata anda mengajak mereka mengemas bilik-bilik termasuk stor di rumah. Ia bukan sahaja dapat meringankan beban anda tetapi dapat menyegarkan minda dan mengeluarkan peluh.
  3. Bermain permainan yang menguji minda: JIka sebelum ini anak anda hanya main permainan di telefon pintar, Playstation 4, Xbox, apa kata anda mengajar mereka bermain permaian dalaman seperti, Catur, Congkak, Batu Seremban, Jutaria, Sahiba dan sebagainya. Ini mampu mengembalikan kembali ‘minda’ anak anda yang lebih fokus kepada gajet sahaja. Namun begitu, ia pasti sukar tetapi boleh dicuba.
  4. Membasuh kereta: Aktiviti ini boleh dilakukan Bersama-sama anak-anak, maklumlah kereta tak bergerak sangat musim PKP ini, jadi apa kata kita sama-sama mengajak anak membasuh kereta. Tetapi ia sesuai kepada mereka yang rumah teres atau banglo sahaja.
  5. Membaca buku: Aktiviti ini agak berat, namun ada juga anak-anak yang minat membaca, Cuma kita perlu sediakan bahan bacaan kepada mereka, jika tiada boleh beli secara online di kedaibukucikgu.com
  6. Menonton Cerita Bermanfaat: Banyak ‘movie’ yang memberi motivasi dan memupuk kesedaran kepada diri dan keluarga, bolehlah tonton Bersama jika ada masa terluang, suapaya aktiviti dapat dipelbagaikan.
  7. Memasak: Ini aktiviti yang dibuat setiap hari oleh suri rumah, apa kata bagi giliran bapa atau anak-anak pula membantu. Pelbagai menu boleh dibuat, anak-anak kecil biasanya suka membuat kuih muih atau membakar ayam, daging atau ikan. Boleh cuba di rumah anda.
  8. Membaca Al-Quran: Ini aktiviti wajib dilakukan di rumah bagi orang islam, terutamanya apabila kelapangan waktu yang diberi oleh Allah SWT ini.
  9. Membaca dan menghafaz doa dan surah: Bagi mereka yang mahukan sesuatu yang indah, ajarlah anak-anak anda membaca doa dan surah-surah pilihan. Ia mampu memberikan ketenangan dalam diri dan keluarga anda.
  10. Membetulkan Bacaan dan perlakuan solat: Inilah masanya kita menggunakan masa yang ada untuk sama-sama membimbing keluarga terutamanya anak-anak kecil yang masih belum sempurna solatnya.

Ini adalah sebahagian aktiviti yang anda boleh lakukan di rumah, mungkin ada lagi idea yang menarik yang boleh dikongsi bersama, akan dimasukkan di masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here