TUTORIAL MENYAMBUNG SMARTPHONE KE LCD PROJECTOR

    92
    7
    Di sini admin ingin kongsikan Tutorial Menyambung Smarphone ke LCD yang telah dihasilkan oleh Cikgu Athirah, terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau yang telah menghasilkan Tutorial ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki keatas beliau. Berikut adalah tutorial yang telah di hasilkan cara menyambung Smarphone menggunakan ScreenBeam Mini2 ke LCD Projector.
    Cara sambung smartphone ke lcd

    TUTORIAL MENYAMBUNG SMARTPHONE KE LCD PROJECTOR TANPA WAYAR
    Pada tahun 2017 ini, saya akan share langkah-langkah mudah yang akan memberi peluang kepada guru untuk berjalan-jalan sekeliling kelas sambil menulis di atas smartphone dan perkara-perkara yang ditulis tersebut akan dipaparkan melalui LCD Projector ke layar di hadapan kelas. Saya menggunakan Samsung Galaxy Note 5.
    Sila baca langkah-langkah pada setiap gambar dengan teliti untuk mengetahui proses penyambungan.
    Selain ScreenBeam Mini2 anda juga boleh menggunakan EZcast atau mana-mana device yang sesuai dengan Smartphone anda, boleh rujuk senarai Device di bawah:
    (Boleh beli di LAZADA atau 11Street)


    Senarai devices dan model smartphone yang support devices tersebut.
    (Anda hanya perlu pilih yang berkenaan / Smarphone yang anda guna sahaja)
    ScreenBeam Mini2
    ===============
    1) Samsung Galaxy Note 2, 3, 4, 5
    2) Jenama Apple tak support
    3) Yes Altitude
    4) Zenfone 4.5
    5) Windows 8.1 guna cpu intel i3 dan i series ke atas.
    6) Samsung tab A
    7) Samsung galaxy S7 / S7 edge
    8) Huawei Mate 8
    EZCast
    ======
    1) Samsung Galaxy Note 2, 4, 5
    2) Lenovo 880
    3) Hp Yes
    4) Samsung Galaxy S4
    5) Ipad
    6) Ipad mini
    7) All windows 7, 8 and 10 laptop
    8) Samsung Tab A
    MiraScreen
    =========
    1) Samsung Galaxy Note 2
    2) Infinix zero
    3) Oppo F1 Plus
    4) Hp Yess Altitude
    5) Samsung Edge S7
    6) iphone5
    7) ipad mini
    8) Macbook Pro
    9)samsung note3
    AnyCast
    =======
    1) Samsung Galaxy Note 3, 4, 5
    2) ipad2 lama
    3) Zte Axon7
    4) Oppo F1 Plus
    5) Oppo F1 Selfie
    6) HTC Desire 826
    7) Yes Altitude
    8) Samsung Tab A
    9) VIVO Y37
    Google ChromeCast
    ================
    1) Chromebook R11
    Apple TV
    =======
    1) Iphone
    2) Ipad
    3) Macbook
    4) Semua laptop windows
    5) Smartphone kebanyakan (guna mirroring360 – berbayar)
    WDA v2
    ======
    1) Samsung Galaxy Note 2, 3, 4, 5
    2) Yes Altitude
    3) Samsung A7
    4) Sony C3, Z3,Z5
    5) All windows 8.1 and 10 laptop
    6) Samsung Tab A, Note 10.1
    V-LINKER
    ========
    1) Iphone
    2) Ipad
    3) Yes altitude
    4) Macbook


    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    TUTORIAL MENYAMBUNG SMARTPHONE KE LCD PROJECTOR MENGGUNAKAN SCREENBEAM MINI 2

    LANGKAH 1
    ==========

    Pastikan anda mempunyai device ini. Device yang kelihatan seperti pendrive ini berfungsi untuk menyambungkan smartphone ke LCD Projector dengan memancarkan signal wifi yang tersendiri.

    Terdapat pelbagai jenama yang terdapat di pasaran seperti EZCast, AnyCast, WDA, dan sebagainya. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan.

    Saya menggunakan ScreenBeam Mini2.

    LANGKAH 2
    ==========

    Ini merupakan LCD Projector di sekolah saya. Kedudukan yang tinggi di siling kelas menyukarkan saya untuk menyucuk ScreenBeam Mini2 ke port HDMI di bahagian belakang LCD Projector tersebut.

    Sekiranya LCD Projector anda mempunyai port HDMI dan mudah dicapai, sila baca LANGKAH 3A.

    Sekiranya LCD Projector anda seperti yang berada di sekolah saya (tinggiiiii di siling) ataupun tidak mempunyai port HDMI, sila baca LANGKAH 3B.

    LANGKAH 3A
    ===========

    Merujuk gambar di atas, ScreenBeam Mini2 disambung terus ke port HMDI dan kabel USB (yang dibekalkan di dalam kotak bungkusan) disambungkan dari ScreenBeam Mini2 ke port USB bersebelahan port HDMI. Tujuan penyambungan ke port USB adalah untuk membekalkan elektrik kepada ScreenBeam Mini2.

    Untuk makluman, kedua-dua port HDMI dan port USB berada di bahagian belakang LCD Projector.

    Sila baca LANGKAH 7 untuk proses seterusnya.

    LANGKAH 3B

    ===========


    Merujuk gambar di atas, pastikan anda mempunyai converter ini. Converter ini dikenali sebagai HDMI female to VGA female converter. Terdapat pelbagai bentuk converter yang terdapat di pasaran.


    Pastikan anda membeli HDMI to VGA. Jangan tersalah beli VGA to HDMI!

    LANGKAH 4
    ==========

    Sambungkan ScreenBeam Mini2 ke converter (bahagian HDMI female) seperti gambar di atas.

    LANGKAH 5
    ==========

    Sambungkan kabel VGA (dari LCD Projector) ke converter (bahagian VGA female) seperti gambar di atas.

    LANGKAH 6A
    ===========

    Sambungkan kabel USB (yang dibekalkan di dalam kotak bungkusan) ke ScreenBeam Mini2 seperti gambar di atas. Bahagian hujung satu lagi kabel USB tersebut disambungkan ke powerbank untuk membekalkan elektrik kepada ScreenBeam Mini2.


    LANGKAH 6B
    ===========

    Selain disambungkan ke powerbank, bahagian hujung satu lagi kabel USB tersebut boleh disambungkan ke charger smartphone yang telah dicucuk ke soket untuk membekalkan elektrik kepada ScreenBeam Mini2.
    LANGKAH 7
    ==========

    On suis LCD Projector anda. Paparan seperti gambar di atas akan muncul di layar LCD Projector di hadapan kelas.
    LANGKAH 8
    ==========

    Lihat setting di smartphone anda. Pilih “Smart View” untuk menyambungkan smartphone ke signal wifi ScreenBeam Mini2.

    LANGKAH 9A
    ===========

    Paparan seperti gambar di atas akan muncul di smartphone anda.

    Pilih “SBWD E61BE9” untuk memulakan proses penyambungan tanpa wayar (wireless).

    LANGKAH 9B
    ===========

    Pada masa yang sama, paparan seperti gambar di atas akan muncul di layar LCD Projector di hadapan kelas.

    LANGKAH 10A
    ============

    Paparan seperti gambar di atas akan muncul di smartphone anda.
    LANGKAH 10B

    ============


    Pada masa yang sama, paparan seperti gambar di atas akan muncul di layar LCD Projector di hadapan kelas.

    LANGKAH 11
    ===========

    Tadaaaaa…dah siap…(^_^)

    Kesemua langkah-langkah tadi kelihatan seperti sangat sukar dan terlalu banyak. Tetapi, PERCAYALAH langkah-langkah penyambungan tadi hanya memakan masa kurang daripada 5 minit.

    Menggunakan apps di smartphone untuk mengajar Mata Pelajaran Matematik: Bab Pembinaan Geometri.

    (paparan di smartphone)
    Smartphone juga boleh dijadikan Visualizer ala-ala Overhead Projector zaman dahulu kala.
    Credit To: Cikgu Athirah (Jangan lupa follow)

    7 COMMENTS

    1. nak tanya.. kita kena ada wifi atau just depends pada wifi device yg kita beli tu? sbb saya tgk yang anycast kena ada wifi sendiri. tq ye

    2. lagi 1 nak tanya.. kenapa pilih screenbeam mini2 berbanding converter lain?
      saya cek harga converter lain jauh lagi murah berbanding screenbeam ni..
      saya risau saya beli murah tapi sukar untuk guna.
      terima kasih ya

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here