Tidak Puas Hati Cuti Jumaat dan Sabtu

    5
    0

    Seperti mana yang kita maklum Sultan Johor iaitu Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu bermula Tahun 2014.
    Petikan Dari Bernama
    Pengumuman ini disambut syukur oleh rakyat Johor terutamanya, kerana menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti umum dimana ia juga memudahkan kaum lelaki untuk menunaikan solat Jumaat tanpa perlu tergesa-gesa. Hari Jumaat juga disebut sebagai penghulu segala hari dan begitu banyak kelebihan yang ada pada hari jumaat. 
    Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat. Selain itu banyak perkara sunnah yang boleh dilakukan di hari Jumaat seperti memotong kuku, mandi sunat, berdoa di antara 2 khutbah dan membaca surah al-kahfi.
    Walaubagaimanapun ada juga segelintir yang tidak berpuas hati dengan pengumuman cuti Jumaat Sabtu ini, sehinggakan ada yang sanggup menghina Sultan.
    Dipercayai ini fake akaun yang sengaja dicipta. sumber Facebook.
    Ada juga di kalangan Non Muslim terutamanya yang kurang setuju dengan pertukaran cuti ini. antaranya:

    Selain itu juga ada juga dikalangan orang Islam sendiri tidak bersetuju dengan cuti Jumaat ini.
    Cuti ini juga sebenarnya tidak terikat dengan pihak swasta, pihak swasta boleh memilih untuk ikut atau tidak pertukaran cuti ini. Seperti mana petikan dari Bernama oleh MB Johor.
    Diharapkan perkara ini dapat diterima oleh semua pihak, mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri dalam perubahan cuti ini. Semoga kita dapat lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan semua.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here