Sekiranya anda berkunjung ke Perlis jangan lupa untuk singgah makan tengahari di Restoran Anjung Keli, Kangar, di sini pelbagai juadah disediakan. Boleh dikatakan memang rambang mata kalau singgah kat sini. November lepas sempat saya singgah di sini, lokasinya berhampiran dengan trafik light depan IPG Kampus Perlis. Jadi jika singgah di Kangar boleh lah singgah di Anjung Keli untuk menjamu selera.
Lokasi Anjung Keli |
![]() |
Anjung Keli |
Yang menariknya di Anjung Keli ada pelbagai jenis ulam, sebut je ulam apa hampir semua ada, petai, ulam raja, jering, serai kayu, peria, pucuk ubi, putat, jantung pisang dan banyak lagi. Bagi peminat ulam memang sesuai bertandang di sini.
Tengok ulam-ulam ni pasti bertambah selerakan? Selain ulam mesti kena ada sambal belacan, budu atau tempoyaknya kan? anda tidak perlu risau kerana semua itu ada di sini, jadi jangan lepaskan peluang menikmatinya..
![]() |
Budu, Cencalok tempoyak semua ada |
Dekat sini lauknya banyak pilihan, sampai tidak tahu untuk ambil mana satu, tapi yang wajib kita cuba adalah Ikan Keli Goreng Berlada dia, memang terbaik.. ikan keli digorang rangup.. dan sambal lada merah dia memang sedap. Jadi saya ambil ini sahaja…
![]() |
Ikan Keli |
Bagi mereka yang teringin untuk merasa makanan di sini boleh datang ke Anjung Keli di Kangar Perlis, selamat menikmati masakan keli yang sedap ya..
Pasal harga jangan bimbang, harga berpatutan..
lagi gambar…