Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Siaran Bilangan 8 Tahun 2015 mengenai Cuti Berganti Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015. Surat siaran ini juga bertujuan bagi memberi kemudahan kepada semua pihak yang akan pulang ke kampung sempena cuti hari raya nanti. Memandangkan sebelum ini cuti peristiwa diberi pada hari Khamis 16 Julai 2015, dan Hari Raya Aidilfitri bakal jatuh pada 17 Julai 2015, dijangkakan akan berlaku kesesakan sepanjang perjalanan bagi mereka yang pulang berhari raya.
Oleh itu, KPM telah memberi kemudahan cuti berganti pada 15 Julai 2015 Rabu, bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai yang akan pulang ke kampung. Bagi tujuan ini, semua Pengetua dan Guru Besar perlu memohon cuti berganti dan cuti peristiwa kepada pendaftar masing-masing.
![]() |
Surat Siaran Cuti Berganti Hari Raya 2015 |
Anda boleh merujuk surat siaran melalui pautan ini: – Surat Siaran Cuti Berganti Hari Raya 2015